Halaman

Khamis, Mei 30, 2013

UNDI DUA KALI, ADUN PAS KINI BAKAL BERHADAPAN PETISYEN!!!


Tahniah dan terima kasih SH ucapkan kepada Si Fuziah Thoron tu sebab telah berjaya membangkitkan isu ini dalam laman media.

Siapa sangka, isu yang dibawa oleh Si Fuziah ni akhirnya telah memakan diri sendiri. Cuma bukan dia la yang kena. Tapi, orang lain yang jadi mangsa.

Berikutan laporan Polis yang dibuat oleh seorang anak muda yang KONONnya mengaku kata dia seorang 'Non Partisan' itu telah menimbulkan kecurigaan.

Adakah benar dia boleh mengundi dua kali? Apa bukti yang dia ada? Dia kata dia ada ambik kertas undi. Jadi, mana kertas undi tersebut?

Kalau ikut peraturan SPR, mengambil atau membawa keluar kertas undi boleh dianggap sebagai satu kesalahan besar dan ianya boleh dikenakan denda.

Kemungkinan besar, budak tu jugak boleh dimasukkan ke dalam penjara serta kehilangan hak untuk mengundi selama 5 tahun. Adakah itu yang Si Fuziah nak?

Tapi, itu bukan isu utamanya. Isunya adakah kemungkinan berlaku lagi kes - kes lain yang melibatkan pengundian dua kali seperti yang dilakukan oleh budak tu sebelum ini?

Peringatan! Budak tu kata dia 'Non-Partisan' tapi sewaktu dia buat laporan Polis, dia turut ditemani oleh Fuziah dan seorang peguam dari Pakatan Pembangkang.

Maka, tidak salah kalau kita buat anggapa bahawa budak itu mengundi Pakatan. Dan tidak mustahil juga wujud berpuluh - puluh lagi kes dimana penyokong Pakatan undi dua kali.

Ekoran itu, kini kedudukan ADUN PAS di kawasan Tanjung Lumpur bakal berhadapan dengan petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum yang telah dibuat.

Walaupun majoriti kemenangan yang diperolehi oleh ADUN PAS itu cukup besar, namun disebabkan persoalan ini satu petisyen akan difailkan.

Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mengira semula kertas undi yang telah dikeluarkan sebelum ini bagi membuktikan sama ada budak tu bercakap benar atau pun tidak.

Dan KEMUNGKINAN besar, kedudukan ADUN PAS itu pastinya akan bertambah goyang sekiranya dakwaan dan laporan Polis yang dibuat sebelum ini didapati palsu.

Dah tak pasal - pasal je budak tu yang kena hukuman. ADUN PAS tu pulak bakal hilang kerusi. Yang Si Fuziah pulak? Peluk tubuh je la jawabnya!!! Apa lagi yang dia mampu nak buat ye tak. Dah memang itu je yang dia tau buat pun!!!

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.