Halaman

Selasa, Jun 25, 2013

APA LAGI YANG AZMIN MAHU!!!


Mungkin itu persoalan yang paling tepat ditujukan kepada Timbalan Presiden PKR ni. Soalnya sekarang, apa lagi Si Azmin ni mahu dari Pakatan?

Rasanya sekarang, dia dah ada semuanya. Katakan apa sahaja, semua Si Azmin ni dah miliki hari ini. DIa nak jadi wakil rakyat? Dah dapat. Malah lebih dari itu.

Dia dapat jadi Ahli Parlimen dan ADUN. Dua jawatan yang berbeza. Pun masih tak cukup lagi? Pun dia masih tak puas hati? Adakah dia dambakan jawatan tinggi?

Sekarang pun Si Azmin ni dah jadi Timbalan Presiden PKR. Apa lagi yang dia nak? Nak jadi Presiden pulak ke? Dia nak pegang jawatan yang lebih tinggi baru dia puas hati?

Kalau kita lihat, tingkah laku Si Azmin ni semakin hari semakin sumbang dimata penyokong - penyokong Pakatan. Dia dah dilihat sebagai 'Public Enemy Number 1'.

Semua itu menimpa diri dia apabila dia mendedahkan amalan Nepotisme dan Kronisme didalam parti dia sendiri. Soalnya, adakah tindakan itu salah?

Adakah tindakan Si Azmin tu satu Dosa Besar dalam PKR sehingga dia diperlakukan seperti sampah? Adakah ianya salah untuk mendedahkan kepincangan parti kepada rakyat?

Bukan ke puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang menolak amalan Nepotisme dan Kronisme? Jadi, kenapa pulak bila isu itu dibangkitkan diorang nak marah? 

Kenapa diorang nak melenting dan menganggap Si Azmin ni sebagai seorang pengkhianat? Nampak sangat la puak - puak Pakatan ni jenis manusia yang Hipokrit!!! Cakap je pandai, tapi bila tiba bab perlaksanaan, semuanya hampas belaka!!!
Azmin secara tidak sengaja terbongkar retak dalam pakatan semasa himpunan Blackout 505 Padang Merbok. 
Kehadiran beliau memberikan sokongan sememangnya sekadar lakonan hambar yang tidak mampu dipentaskan dengan baik.  
Amat ketara retak menanti belah apabila pentas ceramah Padang Merbok tidak diwarnai oleh beliau.
 
Kenyataan terbuka penuh kontroversi Azmin Ali yang menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan telah mengundang bala apabila beliau seolah-olah dipulaukan oleh pakatan haram yang sentiasa berorientasikan kekerasan dalam tindak tanduk mereka. 
“Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja,” kata Azmin Ali.

1 ulasan:

  1. Ada yang minta perwakilan PAU tukar ganti Presiden Umno. Saya dengan hati yang berat TERPAKSA BERSETUJU setakat hari ini lah. Tapi kalau Najib selepas ini berubah ikut yang melayu dan bumiputra mahu, kita kata TAK PAYAH TUKAR LAH.

    Ni dengar kata Najib nak buat workshop yang menjurus kepada pembentukan PARTI TUNGGAL seperti yang dicadangkan oleh Parti Gerakan. Senang cakap macam ni lah, buat lah Parti Tunggal kah atau Parti Munggal kah untuk gantikan BN, kalau ianya tak menjejaskan kepentingan Melayu, Islam dan Raja Melayu, PRU14 nanti kami tetap bersama Umno.

    TEEEEEEETAPI kalau pembentukan Parti Tunggal tu nampak nak membelakangkan Melayu, Islam dan Raja Melayu .. bye bye Umno dan bye bye Najib. DAAAAAANNN kita minta sangat2 Pas bercerai lah talak 3 dengan DAP, kita gerenti tak cukup bilik dalam rumah Pas untuk menerima kedatangan tetamu baru. Siapa tetamu baru itu ? Kami2 yang selama ini duk puja2 Umno siang dan malam lah.

    Kami tahu Pas tergedik2 nak bercerai dengan DAP, tapi demi untuk menjahanamkan kuasa politik bangsa melayu DAP sama sekali tidak akan melafazkan CERAI TALAK 3 kepada Pas. Kalau tak pecaya, Nik Aziz dan Hadi Awang boleh pergi " mengadap dan merafak sembah " 3 Maharaja DAP iaitu Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan En, tanya betul kah macam tu.

    Bodoh sangat lah kalau DAP nak buang Pas daripada Pakatan Rakyat. Itu yang saya fikir kalau saya menjadi salah seorang daripada 3 Maharaja dalam DAP.

    Ni kami nak ingat kan Najib, idea Parti Tunggal ni pun ada agenda tersembunyi yang bertujuan untuk mengurangkan bilangan pengundi Umno di kalangan orang melayu dan bumiputra. TERKILAT IKAN DI AIR, KAMI DAH TAHU JANTAN BETINA NYA. Minta Najib jangan nampak apa yang ada di depan tabir saja, cuba cari atau teka2 apa yang ada di belakang tabir sama. NAJIB, JANGAN MEREDHOKAN ANDA DITIPU UNTUK KALI YANG KEDUA.

    Hj Ariffin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.