La... kita ingatkan Taman je yang ada tergantung ni. Rupanya, Dewan Undangan Negeri pun boleh tergantung jugak ye? Macam - macam sungguh Politik dalam Malaysia ni.
Tapi, tak pe la ada DUN tergantung ni. Sekurang - kurangnya, orang tau jugak kesudahannya nanti. Dan perkara itu sudah pasti.
Tinggal lagi, rakyat masih dibelenggu persoalan - persoalan Tergantung yang sampai hari ini masih tak de sebarang penjelasan dari mana - mana pihak.
Sebagai contoh isu jam Omega. Ke mana pergi hilangnya jam tu? Ada dalam simpanan ke atau dah ghaib dicuri orang bunian? Atau dah kena gadai kat kedai pajak?
Selain itu isu pasal 40ribu orang Bangla. Mana hilangnya 40 ribu orang tu? Semua dah kena hantar pulang ke atau diorang menyorok kat dalam estet kelapa sawit?
Tak lupa jugak dengan kes undi dua kali yang dilaporkan berlaku di Kuantan hari tu. Apa kesudahannya kes tersebut? Takkan nak biar persoalan tu tergantung macam tu saja? Takut nanti, ada juga yang 'Tergantung' diri sendiri!!!
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN Terengganu juga mesti menang di DUN itu bagi mengelakkan status 'DUN Tergantung' memandangkan BN mentadbir Terengganu dengan kelebihan dua kerusi DUN sahaja."Dengan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut, kedudukan sekarang ialah BN 16 dan pakatan 15, jika pakatan menang di DUN Kuala Besut, kedudukan 16-16, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.""Jadi untuk kestabilan pemerintahan negeri, BN mesti menang dan mempertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Akauntan Negara, di sini hari ini."Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia semalam akibat kanser paru-paru. Ini membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil iaitu yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.