Halaman

Khamis, Jun 06, 2013

DAH DILIWAT BANYAK KALI BARU NAK MENYESAL!!!


Berapa kali kita nak ulang benda ni? Dah banyak kali dah kita cakap, tapi ada diorang nak dengar? Tak de der!!! Diorang jugak yang buat dek.

Orang dah kata, PKR bukan parti yang mengutamakan suara diperingkat akar umbi. Diorang tak peduli pun dengan saranan dari ahli.

Ahli bercakap la macam mana cara pun, pemimpin PKR ni semuanya buat endah tak endah je. Ibarat macam ahli PKR tu bercakap dengan dinding.

Yang herannya, bila diatas pentas, pemimpin PKR ni jugak la yang buat desakan suruh Kerajaan dengar suara rakyat. Walhal, diorang sendiri pun tak dengar suara akar umbi.

Sewajarnya semua ahli PKR ni desak pemimpin diorang supaya pergi buat pemeriksaan telinga. Mana la tau kot - kot ada yang betul - betul tersumbat.

Sebelum Pilihan Raya Umum hari tu lagi SH dah dedahkan cerita ni dimana seorang Ketua Cabang dah tampil dan mendakwa dia telah diliwat oleh parti sendiri.

Bayangkan. Dia seorang Ketua Cabang, pun boleh jugak dipinggirkan begitu sahaja oleh parti pimpinan dia. Dia dah luahkan kekecewaan dia mengenai pemilihan calon PKR sendiri.

Bagaimana mungkin budak yang baru putus susu boleh jadi calon? Bila nama disebut baru dia terhegeh - hegeh nak buat kerja. Orang macam tu pun PKR boleh jadikan calon?

Tapi, masa tu ada PKR dengar? Ada diorang ambik peduli apa yang disarankan oleh Ketua Cabang tu? Tak de der!!! Diorang buat tak tau je.

Sampai terpaksa Ketua Cabang tu ambik tindakan dan bertanding sebagai calon Bebas. Bila dia bertanding calon Bebas, Si Ketua Penipu tu boleh tuduh pulak Ketua Cabang tu dibayar.

Pulak dah!!! Boleh pulak dia tuduh macam tu je ye? Tapi, apa boleh buat. Itu la hadiah istimewa bagi mana - mana ahli akar umbi yang nak menyuarakan pandangan mereka.

Kalau tidak difitnah oleh pemimpin sendiri, diorang sudah tentu akan dikenakan tindakan tegas atas alasan mempersoalkan keputusan parti.

Tapi, kalau ada dikalangan pemimpin tu yang dengan jelas memaki hamun serta mencaci cerca pemimpin yang jauh lebih tinggi dari mereka, tak de pulak kena tindakan.

Boleh pulak dilepaskan begitu sahaja ye tak. Itu lah amalan didalam PKR sebenarnya. Benda ni dah jadi kudis dalam parti. Diorang lebih mendahulukan Kroni. Bukannya diorang nak perjuangkan rakyat sangat pun!!!
IPOH -  Keengganan pimpinan PKR Perak mendengar suara akar umbi mengenai pemilihan calon-calon PRU13 menjadi faktor utama kekalahan parti itu di Perak.


Naib Ketua PKR Cabang  Tambun, Muhamad Arafat Mahamad berkata, beberapa calon yang dipilih kebanyakannya dibuat melalui keputusan mesyuarat dan bukan keputusan akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.