Halaman

Sabtu, Jun 01, 2013

ENCIK MENTERI KBS NI FAHAM SITUASI KE TIDAK???


Alo Encik Menteri KBS. Mintak Encik Menteri KBS fikir dulu masak - masak. Buat kajian yang sepatutnya sebelum nak keluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media.

Memang betul la FAM tak sepatutnya beri kelebihan dari segi keuntungan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sebab perbezaan saiz stadium.

CUMA yang nak ditekankan disini ialah mengenai kapasiti stadium Darul Makmur lebih dari angka yang dia sebut. Kapasiti Stadium Darul Makmur 40 ribu, bukan 10 ribu.

Yang sampai melimpah stadium Darul Makmur hari tu sebab kapasiti tu melebihi angka 40 ribu. Orang yang datang mencecah 45 ribu orang.

Encik Menteri KBS tau ke tidak yang PBNP bukan sahaja menanggung kos denda yang telah dikenakan oleh pihak FAM diatas kekecohan yang berlaku sebelum ini.

Malah, PBNP juga berjanji akan menanggung baki RM 3.00 bagi semua penyokong yang dah beli tiket sebelum ini agar mereka dapat masuk ke Stadium Bukit Jalil.

Bayangkan la. PBNP kena tanggung hampir RM 120 ribu bagi tujuan tersebut. Ada Encik Menteri KBS ambik kira pasal semua ni? Ada Encik Menteri KBS bagi respon?


Untuk pengetahuan Encik Menteri KBS, PBNP tak lapar sangat nak ke duit ni. Sebaliknya diorang sanggup tanggung kos tambahan untuk penyokong.

PBNP perlu bayar denda FAM sebanyak RM 100ribu. Tanggung kos tambahan penyokong dalam anggaran sebanyak RM 120ribu. Jumlah keseluruhan hampir RM 220ribu.

Tu pun belum kira tuntutan yang dibuat oleh PBNJ terhadap PBNP. Dengar kata diorang siap mintak PBNP bayar duit penginapan, makan dan minum sekali. Apa cerita ni?

SH bukan apa. Cuma menyampaikan ketidakpuasan hati dari peringkat akar umbi. Diorang kecewa jugak bila Encik Menteri KBS keluarkan kenyataan berat sebelah.

Sepatutnya Encik Menteri KBS perlu bersikap 'Non-BIAS'. Jangan berat sebelah. Encik Menteri KBS sepatutnya jadi orang tengah yang berkecuali. 

Maka adalah tidak wajar bagi Encik Menteri KBS dilihat hanya menghukum sebelah pihak je. Tambahan pulak, Encik Menteri KBS kena ingat. Pahang memang Tuan Rumah bagi saingan kedua ni. Bukannya PBNJ dan JDT!!! Jadi biar la berpada - pada sikit!!!

Ps: Penyokong Pahang jangan lupa bawak Kucing hari tu sekali. Famous Kucing tu!!!

10 ulasan:

  1. patutla orang panggil dia mi si kitol,rupanya kurang faham dalam segala hal.

    harap-harap pahang menangla.ini kali lah!

    BalasPadam
  2. Berat sebelah? sape yg berat sebelah, lawan kat stadium berkecuali kot, patut bagi penonton sama banyak, apsal org Pahang x berani 1to1 ke?

    BalasPadam
  3. Encik Tanpa Nama 4:43ptg...
    stadium je berkecuali... tapi Pahang tetap Tuan Rumah... yang dilihat tak berani, JDT... tu pasal la diorang balik awal masa di Kuantan hari tu...

    BalasPadam
  4. Sy dah komen pada awal kenyataan Menteri KBS kat News Feed. Lomen sy tetap serupa xberubah..

    BalasPadam
  5. ko ckp pe ni 10K penonton? mn dia ckp 10K penonton? tu la lain kali jgn main cedok blog lain punya report. Ko ckp tu ni, byr sana sini tp ko tau x brp pahang dpt dgn 80K penonton? cuba ko kira sendiri

    BalasPadam
  6. pigidaah persatuan bolasepak Pahang yang rasuah sehingga 50,000 tiket dijual dituduh tiket palsu kepala hotaklah....selagi Ahmad Shah masih Presiden selagi itulah bolasepak tak akan kemana...tengoklah malam ni pasti pengadil akan berat sebelah

    BalasPadam
  7. Luaskan KuasaMu JDT....

    BalasPadam
  8. FAM memang biol... sepatutnya kalau nak diberi hak sebagai tuan rumah di stadium lain faktor seperti kapasiti stadium asal harus lah diambil kira... sebagai contoh stadium darul makmur kapasiti sebanyak 40,000 maka yang sewajarnya adalah tiket sebanyak 40,000 diberikan kepada pahang, 20,000 lagi diperuntukan kepada johor... dan 20,000 lagi dijual di stadium... hasil dari kutipan tiket tu harus diberikan kepada pahang dan pahang mestilah membayar kepada pengurusan stadium bukit jalil dengan kadar sewa yang telah ditetapkan selain dari komisyen peratusan dari hasil jualan tiket... itu adalah yang terbaik dan adil kepada semua pihak. ...

    BalasPadam
  9. KJ cakap tanpa kaji fakta. Patut buat macam bos engkau, buka makmal dulu, kaji, selidik, teliti semua fakta dan laporan, baru buka mulut. Ni kan nampak dan terserlah kebodohan kamu.

    Kalau dah dilantik jadi menteri tu, pandai-pandai lah bawak diri. Kalau lah macam ni sikap seorang menteri, alamat hancur lah sukan, juga belia harapan bangsa. Future of Malaysia down the drains.

    Kalau lah bos sekarang ni dah tambah bengap, maka anak buah pula bertambah bangang.

    Selalunyakan lah, orang kalah yang melalak macam orang gila..kau tengok jer lah geng An auwwdan blackout 505. Penyokong JDT...faham faham jer lah kan

    BalasPadam
  10. Aku sokong KJ. Pahang kena denda RM100,000.00 tapi dapat untung RM200,000.00. Perkiraannya, dapat kauta tiket 60,000-35,000 kapasiti Stadium Darul Makmur. Lebihan 25,000 x RM12.00 dapat RM300,000.00. Tolak denda dapat baki RM200K.

    Tentang ganti rugi penonton sebanyak RM120K, itu tanggungjawab PBNP sbb kesalahannya. Kalau bayarpun masih untung 80K. Itu belum lagi keuntungan drpd pjualan tiket sbyk 35,000.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.