KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan menangguhkan kejohanan sukan yang akan berlangsung sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi catatan 100.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, KBS telah menyediakan garis panduan apabila bacaan IPU melebihi paras 100 ditakrifkan sebagai tidak sihat oleh Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Tambahnya, garis panduan tersebut juga menyatakan acara sukan yang dipertandingkan di dalam dewan tertutup boleh diteruskan seperti biasa.
"Dalam masa dua minggu ke hadapan ini, terdapat empat kejohanan utama sukan yang akan berlangsung .
"Kita sediakan garis panduan, KBS juga menyarankan agar mana-mana penganjur acara atau kejohanan yang lain turut sama menggunakan pendekatan garis panduan ini, bagi memastikan kesihatan pihak yang terlibat," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Difahamkan, antara sukan yang akan berlangsung pada Jun dan Julai depan adalah Sukan Malaysia ke-16 (Lembah Klang), Kejohanan Hoki World League 3 (Johor Bharu), Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka dan Perlawanan Akhir Piala FA.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KBS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara akan terus memantau rapi bacaan IPU di setiap lokasi kejohanan utama yang berkaitan, ke arah melaksanakan pematuhan garispanduan ini.
"Walaupun KBS prihatin akan persediaan yang telah dilaksanakan dan kos yang telah dibelanjakan untuk pelbagai acara atau kejohanan tersebut, namun kepentingan rakyat perlu didahulukan demi kebaikan bersama.," katanya lagi
Ps: Pun masih ada jugak orang kata Kerajaan ni kejam? Kalau Kerajaan ni kejam, tak dibuatnya penangguhan.
Bior ke lantoknya orang nak main dalam jerubu. Setakat berhimpun dan berkhemah pun diorang sanggup. Inikan pulak kalau nak main bola!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.