Halaman

Ahad, Jun 09, 2013

HARON DIN PERTIKAI PULAK ISU DAKWAT KEKAL!!!


Jika kita baca kenyataan dari Datuk Dr Haron Din jelas kita dapat lihat bahawa dia hanya cuba untuk menegakkan benang yang basah.

Bila dia kata, 'Tak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakat kekal yang tak kekal..." sudah untuk membuktikan perkara tersebut.

Apa yang pasti, Datuk Dr. Haron Din seolah - olah menidakkan hakikat bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang buat tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal.

Walhal, pihak yang terbabit dah jelaskan bahawa penggunaan dakwat kekal tu tak relevan. Jadi, kenapa mereka masih lagi nak desak untuk menggunakan dakwat tersebut?

Serupa macam Hukum orang mencuri atau dosa lain dalam Islam. Orang dah kata, kalau kita buat, kita akan dapat dosa. Tapi, masih jugak ada orang yang buat dosa.

Dalam keadaan sedemikian, siapa yang kita harus persalahkan? Adakah kita nak salahkan orang yang bagi amaran atau orang yang tetap degil nak buat dosa tersebut?

Namun SH sokong saranan yang diberikan oleh Dr. Haron Din ni. Pihak berkuasa perlu membuat siasatan yang menyeluruh mengenai isu dakwat kekal ni sebenarnya.

Kita nak tau jugak, apa punca dakwat kekal tu tak kekal walaupun pada hakikatnya dakwat tu kekal seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Hanya orang yang berniat jahat dan sengaja nak memburukkan orang lain je yang sanggup buat kerja yang tak masuk akal macam yang dilakukan oleh pencacai Pakatan sebelum ini.

Soalnya, apa tujuan diorang cuci dakwat kekal tu? Diorang cuci sebab diorang nak membuktikan bahawa SPR menipu. Orang lain yang tak cuci ok je.

Dakwaan pencacai Pakatan Pembangkang tu ialah mengenai isu pengundian dua kali. Tu sebab diorang beria - ia cuci dakwat tu dengan tekun sampai bersih.

Tapi, bila diminta mereka membuktikan bahawa 'Pengundian Dua Kali' tu berlaku, tak de pulak yang berjaya membuktikannya. Termasuk la pencacai Si Fuziah tu.

Memang betul dia buat laporan Polis. Tapi, adakah benar dia pergi mengundi dua kali? Jika benar dia pergi mengundi dua kali, mana buktinya?

Sampai hari ini, masih tidak ada sebarang bukti yang ditunjukkan untuk mengukuhkan dakwaan yang dibuat sebelum ini. Orang suruh tunjuk kertas undi, kenapa dia tak buat?

Apa yang nak ditekankan disini ialah, orang seperti Datuk Dr. Haron Din ni jangan la menempatkan diri dengan dakwaan yang jelas sekadar nak menipu rakyat. Nanti, nama dia jugak yang buruk!!!

5 ulasan:

  1. Dulu aku tabik spring kat Datuk Haron Din ni! Tapi bila dia masuk PAS dan keluarkan kenyataan sumpah Saiful begitu begini, tarak kompeden lagi!

    BalasPadam
  2. Dr Harun Din dalam diam telah membantu BN memenangi PRU13. Beliau mengutarakan isu-isu kalimah Allah, penerimaan hudud oleh DAP 6 hari sebelum PRU13 dan lain-lain lagi. Apa yg diutarakan oleh Dr Harun Din ini ialah direction atau halatuju protes pr supaya puak-puak pas ini punya akal utk berfikir. Dari satu segi, kenyataan beliau menguntungkan BN kerana secara tak langsung menolak pandangan undi bangla, blackout, undi 2 kali dll.
    Wallahualam

    BalasPadam
  3. Boleh hormat kerana banyak ilmu. Tapi ilmu banyak yg tak berguna kerana tak faham. Golongan inilah yg Nabi saw kata tahu tapi tak tahu.

    BalasPadam
  4. Terpaksa kot..selama ni sebagian ulamak diam aje..kena asak dgn nuor dap..jadi pak turut aje lee..tak kisah isu apapun asal tuduh kerajaan.

    Jadi pak ustaz ambilla isu dakwat..nanti hadi ambil isu bangla..hahaha..topa ambil isu apa ya.. Nuor ambil blackout..nik ajis boleh lawan syaitan ambil isu pengundi hantu..hehehehihihihuhuhu

    Mat sabun..melilau cari isu..ooo dah jumpa isu org siam pulak..hehehe Semua dibawak Melayu.. Jadi dap cina kui buat apa...GOYANG KAKI AIYAA SAYA SUDAH BODOH ITU OLANG SAYA SUDAH MENANG...AIYAA SAYA MAU TUNGGANG TUNGGANG duhduhduhduhduhduh gua mau liat negeli gua..kelate..selangor..kl..duhduhduh

    BalasPadam
  5. Baru Sekarang Nak Pertikai....?

    HARUN..HARUN..HARUN...

    Dah lebih sebulan....PRU13 berlalu....

    Berapa ramai yang buat Laporan Dakwat tak Kekal ?
    Berapa ramai yang mengaku Mengundi 2 kali ?
    Berapa ramai yang ditangkap mengundi lebih dari sekali ?
    Berapa ramai Ejen/wakil PAS yang tak pergi memantau pun masa Pilihanraya..atau berapa ramai Ejen berkenaan yang tidur atau mengular ?
    Harun Din sendiri macam-mana...? Dakwat pada jari dia kekal berapa lama ?

    Dok Nak Cari Salah Orang Je...
    Dulu aku respect lagi masa Isu Kalimah Allah...
    tapi sekarang dah macam berjangkit penyakit Anuar pulak...

    Orang Yang Kalah Memang Macam Tu....
    Tak terima ketentuan Allah ke ?
    Rukun Iman yang terakhir...
    Percaya Kepada Qada' dan Qadar...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.