Halaman

Ahad, Jun 09, 2013

ISU 'HANTU' TERUS MENGHANTUI KHALID GAGAP!!!

Kalau Khalid lantik 'Hantu' macam ni, tak de siapa nak pertikai...
Ini dia lantik Si Mat Muka Bulan tu... Memang la semua orang tak puas hati!!!
Tanpa menunggu lama, DAP juga teruja untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor. Ia segera menamakan Pengerusi Selangornya, Teresa Kok untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Perhubungan Politik Menteri Selangor. 

Ini adalah untuk mengimbangi keistimewaan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada partinya, PKR, demi memelihara kepentingan politiknya dalam urusan kerajaan negeri Selangor.

Khalid sebelum ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa sebagai Ketua Eksekutif Selangor, beliau berhak melantik sesiapa sahaja untuk membantunya menguruskan Selangor. 

Beliau bersetuju dengan syor bosnya, Anwar Ibrahim, supaya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik menjawat tugas pegawai perhubungan politik di pejabat Menteri Besar.

Anwar membuat pengumuman dalam kongres PKR yang baru lalu bahawa untuk merapatkan hubungan politik di antara PKR dengan kerajaan negeri, Saifuddin akan ditugaskan untuk menjadi pengantara di antara parti dan kerajaan negeri.

Ini bagi menghentikan protes, rungutan dan juga kecaman bahawa Khalid dalam tempoh lima tahun pertama pemerintahannya tidak begitu mesra parti. 

Malah, beliau dikritik hebat oleh pemimpin negeri sebagai tidak mengabaikan kepentingan PKR. 

Antara rungutan umum ialah, Khalid terlalu kedekut untuk membantu biaya parti. Alasan yang sering digunakan Khalid ialah beliau mahu memerintah Selangor dengan telus. Parti tidak boleh mencampuri dana dan sumber kerajaan negeri.

Oleh kerana ini ialah isu ketelusan dan budaya moral yang tinggi, perkara ini tidak boleh dihamburkan pada khalayak ramai. Maka segala kritikan perlu dibuat secara sembunyi dari pengetahuan umum. Puncaknya, Khalid hampir tidak dapat berkhidmat bagi penggal kedua sebagai Menteri Besar. 

Pada perkiraan Anwar jika Saifuddin beroperasi dari pejabat Khalid, adalah lebih mudah beliau mengimbangi karenah birokrasi untuk membantu keperluan politik dan sudah tentunya kewangan PKR.

Bagaimanapun di segi semangatnya, kesediaan Khalid melantik Saifuddin menimbulkan banyak persoalan. Mengapa Khalid yang menonjolkan diri sebagai seorang ketua eksekutif kerajaan Selangor yang kedekut tiba-tiba mahu menambah belanja untuk menyara seorang pegawai kanan yang baru? 

Walhal Khalid sudah pun ada seorang Setiausaha Politik, Faekah Husin. Lantas kritikan yang menghujani Khalid ialah apakah sebenarnya tugas Saifuddin? 

Bagaimanapun Khalid tidak mahu kelihatan kurang cerdik. Dengan segera beliau menjurus perhatian pada kemungkinan menggunakan khidmat Saifuddin untuk membantu menggerakkan pembangunan luar bandar.

Seperti biasa, Khalid bukanlah seorang pemikir yang cermat. Kenyataannya itu mengundang lebih banyak persoalan baru. Adakah langkah membawa masuk Saifuddin dalam pejabatnya menjadi dalil bahawa beliau gagal melaksanakan program pembangunan luar bandar di Selangor?

Atau, adakah beliau hendak mengatakan bahawa jentera perancangan ekonomi dan pembangunan luar bandar Selangor memang “liat untuk menerima perubahan” yang hendak dibawanya? Lantas perlu ada personaliti seperti Saifuddin melentur mereka?

Atau, adakah Khalid sebenarnya mahu menyindir Anwar bahawa sebagai Penasihat Ekonomi Negeri beliau tidak berkesan dan kurang idea bernas untuk membangunkan Selangor secara holistik dan membawa manfaat pada penduduk luar bandar?

Atau, adakah sebenarnya Khalid dengan besar hati menerima pelantikan Saifuddin demi mengimbangi pengaruh Timbalan Presiden dan Pengerusi Majlis Pimpinan Selangor PKR, Azmin Ali? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.