Halaman

Ahad, Jun 30, 2013

KARPAL KECEWA SAMPAI BOLEH MASUK HOSPITAL!!!


Ya! Mungkin itulah yang nak disampaikan oleh Si Karpal Whilchar ni bila Yusuf Kalla mendedahkan rahsia besar Si Ketua Penipu tu kepada umum.

Walaupun sebelum ini DAPigs sering mendabik dada mengatakan yang diorang ni mengamalkan ketelusan dalam semua aspek perjalan kehidupan mereka.

Tapi kenapa pulak bila Yusuf Kalla mendedahkan rahsia Si Ketua Penipu tu Si Karpal Whilchar ni nak marah tak tentu arah pulak? Apa pasal dia tak puas hati?

Adakah dia nak rakyat terus ditipu dalam diam sedangkan Si Ketua Penipu tu jelas mempunyai agenda tersembunyi yang tidak diberitahu kepada rakyat?

Jika ikut logik akal, kenapa pulak Si Karpal Whilchar tu nak suruh Yusuf Kalla mintak maaf? Baik dia suruh Si Ketua Penipu tu saman je Yusuf Kalla tu.

Atau, adakah Si Karpal Whilchar tu sendiri percaya dengan apa yang didedahkan oleh Yusuf Kalla mengenai agenda sulit Si Ketua Penipu tu sebelum ini?

Hakikatnya, Si Karpal Whilchar dan puak - puak DAPigs lah yang kecewa dengan pendedahan yang dibuat oleh Yusuf Kalla mengenai Si Ketua Penipu tu.

Mana tidaknya. Pendedahan yang dibuat oleh Yusuf Kalla tu ibarat mencarik duri pada jantung mereka. Dah tentu - tentu diorang sendiri pun tak sangka yang Si Ketua Penipu tu sanggup tikam diorang dari belakang!!!
Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum. 
"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

2 ulasan:

  1. Ape tuntut2 minta maaf pula. Saman lah Yusuf Kalla kalau berani.

    BalasPadam
  2. Saman jgn xsaman org2 pakatan akan sentiasa menyokong anuwar. Haha..sokong ade makna

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.