Halaman

Isnin, Jun 03, 2013

KENAPA KHALID BAWAK HANTU MASUK PEJABAT???

Dewi Persik, pelakon yang sering tampil dalam filem Hantu di Indonesia...
Pelikkan? Kalau sebelum ini, Si Khalid Gagap tu pernah tampil dan mempersoalkan mengenai kewujudan 'perakam video' didalam pejabat dia sendiri.

Sampai hari ini, masih tidak didedahkan lagi isi kandungan dan hasil siasatan mengenai perakam video terbabit. Kenapa ianya terus dirahsiakan?

Sekarang rakyat mula mempertikai, kenapa Si Khalid Gagap tu bawak masuk hantu dalam pejabat dia? Bawak pulak siang - siang depan orang ramai.

Biasanya orang bawak hantu ni malam. Tapi Khalid bawak diwaktu siang. Sebab itu ianya menjadi persoalan yang menarik perhatian rakyat. Terutama dikalangan ahli PKR sendiri.

Heran kan? Yang mempertikaikan perkara tu bukan orang lain. Tapi ahli - ahli PKR sendiri. Dan ahli PKR tu pulak bukan calang - calang orang. 

Timbalan Presiden sendiri pulak tu yang persoalkan tindakan dia. Azmin kata, kenapa Khalid nak bawak masuk Saifuddin sedangkan Saifuddin dianggap sebagai orang luar.
...Lebih sinis lagi apabila pemimpin PKR Selangor yang memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan Dun tidak diberi tempat sebaliknya pemimpin PKR dari luar Selangor yang gagal mempertahankan kerusi dibawa masuk dan diangkat sebagai pegawai politik negeri... - Sinar Harian
Hah! Herankan? Kenapa pulak Si Azmin tu nak timbulkan isu ini sekarang sedangkan dulu dia tak de pulak nak pertikaikan beria - ia sangat?

Si Azmin ni tak ingat ke. Ini bukan kali pertama Khalid bawak hantu masuk pejabat dia. Sebelum ni pun pernah berlaku jugak. Kenapa masa tu Azmin tak nak pertikai?

Sebelum ini, Khalid pernah bawak masuk Ostad Badrul Khalwat jadi Ketua Penerangan Pejabat MB Selangor. Kemudian Si Rafizi Jambu tu jadi CEO. 

Malah, Si Khalid Gagap tu jugak pernah umum kepada rakyat mengenai perlantikan Si Ketua Penipu tu sebagai Punah-Sihat Ekonomi Negeri. 

Tapi masa tu, kenapa pulak pulak Si Azmin ni tak nak pertikai? Kenapa dia hanya mendiamkan diri sedangkan kali ini dia beria - ia menjadikan isu tu sebagai satu persoalan?

Nampak sangat yang sebenarnya Si Azmin ni saja nak menimbulkan masalah kepada Si Khalid Gagap tu dan memburuk - burukkan imej Menteri Besar Selangor tu sendiri.

Tujuan Si Azmin ni buat ialah untuk menimbulkan persepsi dikalangan rakyat dan mempersoalkan tindakan Menteri Besar dimasa akan datang.

Kita yakin. Kepincangan dan perbalahan lebih buruk akan menimpa Negeri Selangor dimasa akan datang. Inilah akibatnya bila bagi kuasa pada Penyangak. Yang nak tumbangkan Penyangak tu pulak Penipu. Dah kena dah, Si Penipu jual Si Penyangak!!!

4 ulasan:

  1. Tunggang menunggang..rakyat melayu selangor sayanggggg pakatan..pemimpin pakatan zuhud..

    Bersih sebersih...harta sikit...rasuah takde kroni takde...rakyat Melayu kaya...

    AHLI UMNO HANYA TUNGGU DAN LIHAT. Wakil umno jaga aja baik baik kawasan Umno.tempat lain kalau menjerit jgn ditolong biar aja..dia org bukan bersyukur dah lepas dikutuk lagi. Pasti diundi pakatan. Wakil dap kan ada boleh bantu Melayu..

    BalasPadam
  2. Bagi mereka yg undi lanun gangster DAP di selangor so lpas ni mintak la tolong dengan komunis ni pasal mereka lebih baik dari BN dan UMNO terutamanya melayu lahanat.

    BalasPadam
  3. dah kalah dah la...dah DUA kali rakyat sgor reject BN...so lu pikir la sendiri..

    BalasPadam
  4. Dah kalah, dah Laa....?
    Tolong peringat kat Bang Non hang tu.....
    Dia tu lupaa kut.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.