Nak tak nak, mau atau pun tidak, Kerajaan Negeri Kedah sekarang ni kena buat la apa yang diorang bantah sebelum ini. Diorang perlu ambik tindakan segera.
Mahu atau tidak, SH bersetuju dengan saranan dari blogger Pencacai Pakatan ni. Jangan pulak lepas kita bantah, lepas tu kita sendiri tak buat. Susah kerja orang lain pulak!!!
Harap-harap Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup pusat hiburan tersebut.Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii.
Bagaimanapun rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka janjikan sewaktu kempen PRU lalu.Kalau lepas 100 hari depa tak tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam, boleh?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.