Aduyai!!! Apa masalah Si Harun Taib ni? Husam dah keluarkan fatwa WAJIB bagi SEMUA pemimpin dan penyokong PAS turut serta dalam Himpunan 22 Jun ni.
Barang siapa yang tak turut serta, maka dia akan BERDOSA BESAR dan dianggap sebagai PENGKHIANAT parti. Itu pun Si Harun Taib tu tak faham ke?
Lagi pun, tak rugi kalau Si Harun Taib ni turut serta dalam Himpunan tu sebab Si Husam tu dah janji Syahid bagi semua yang jadi peserta. Takkan itu pun Si Harun Taib tu tak nak jugak kot? Dia saja nak tolak Sorga PAS ke!!
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat tidak akan menghalang anggota sayap itu untuk menyertai perhimpunan Blackout 505 di ibu negara pada Sabtu ini sekiranya diarahkan parti berbuat demikian.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib ketika dihubungi bagaimanapun enggan menjawab persoalan tersebut.Beliau juga seolah-olah tidak mahu campur tangan dalam keputusan dibuat pucuk pimpinan parti untuk bersama PKR dan DAP dalam perhimpunan terakhir membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijadualkan di Padang Merbok, di sini."Tak tahu, saya tidak mahu komen... saya sudah cakap banyak kali, saya tidak mahu campur."Kalau parti dah putuskan (untuk sertai perhimpunan), Dewan Pemuda PAS, Dewan Ulama dan sebagainya kena terima.... kalau tak putuskan (tidak akan turun)," katanya kepada Antarapos dengan nada keras.Pemimpin veteran ini juga enggan menyatakan pendirian akan menyertai perhimpunan itu atau tidak.Sebelum ini, Harun menyatakan bantahan terhadap penganjuran beberapa siri perhimpunan bantahan anjuran Pakatan Rakyat atas alasan tindakan itu tidak akan mengubah keputusan PRU13 yang kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)."Saya tidak membangkang apa-apa yang nak buat tapi saya tidak berminat untuk berbuat demikian."Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya)," katanya.Ternyata tindakan menganjurkan Himpunan Kemarahan Rakyat di Kelana Jaya baru-baru ini tidak didokong sepenuhnya oleh pimpinan Pakatan Rakyat.Datuk Harun Taib berkata, walaupun beliau tidak membantah penganjuran himpunan tersebut namun Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu berkata beliau tidak berminat untuk menyertai acara seumpama itu.Beliau yang dihubungi Antarapos berkata, secara peribadinya, beliau tidak faham mengapa himpunan itu diadakan hanya semata-mata mahu membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), awal Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.