Halaman

Khamis, Jun 06, 2013

KHALID GEREJA TERUS MENGHUKUM PENYOKONG PAS KOTA DAMANSARA!!!


Hakikatnya, itulah yang dilakukan oleh Si Khalid Gereja ni sebenarnya. Dia secara 'Istiqomah' terus membalun penyokong PAS di Kota Damansara.

Tanpa henti - henti dia terus cuba nak menghukum mereka dengan mempertikaikan tindakan yang diambil oleh penyokong parti tersebut sebelum ini.

Apa yang jelas, tindakan Si Khalid Gereja ni sebenarnya hanya membalas dendam untuk PKR kerana mendakwa PAS sebagai punca kekalahan mereka dalam PRU yang lalu.

Anehnya bagi seorang pemimpin yang hanya bersandarkan kepada parti luar sedangkan parti sendiri diaib dan dihina dengan cara sedemikian rupa.

Bagaimana mungkin Si Khalid Gereja ni boleh kata dia pemimpin rakyat bila dia sendiri menuduh ahli diperingkat akar umbi hanya mereka - reka cerita dongeng?

Adakah dia tak endahkan lansung suara serta pandangan yang dilemparkan oleh ahli - ahli dan penyokong PAS di Kota Damansara sendiri?

Bayangkan. Jika suara serta pandangan dari kalangan ahli pun hanya dibalas dengan penghinaan serta disindir sinis sedemikian rupa, macam mana pulak dengan rakyat?

Bagaimana Si Khalid Gereja tu boleh mendabik dada mengatakan kononnya dia memperjuangkan suara rakyat sedangkan dalam masa yang sama suara ahli dipinggirkan?

Kesimpulannya, Si Khalid Gereja ni pun tak ubah macam puak - puak PKR tu juga. Dia pun tidak mempedulikan suara yang diluahkan oleh ahli diperingkat akar umbi. Yang penting suara diorang je yang perlu dipatuhi, suara akar umbi boleh pegi mampos!!!
Oleh Khalid Samad

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR

Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD ‘dipinjamkan’ kepada PKR disebut di BPPNS. Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata.

Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara

Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR ‘standby’ pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus.

PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.