Halaman

Rabu, Jun 26, 2013

KUALA BESUT, PRK PERTAMA SELEPAS PRU 13!!!


Setelah hampir lebih daripada sebulan kita menghadapi Pilihan Raya Umum, kini Negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil bagi DUN Kuala Besut pula.

Tentu ramai dikalangan pengiat Politik yang tertanya - tanya, apa pulak permainan puak - puak Pakatan Haramjadah tu dalam PRK kali ini?

Adakah mereka tetap akan membangkitkan isu mengenai Pengundi Hantu, isu dakwat kekal dan jugak isu kejadian Blackout seperti mana dalam PRU sebelum ini? Mari kita sama - sama nantikannya!!!
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.

"Bagaimanapun, sehingga masa ini SPR belum menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair.
Ps: Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.