Jujur SH katakan, luahan ini bukan luahan dari kalangan orang UMNO atau pun orang BN. Tapi dari kalangan anak muda yang berhimpun di Padang Merbok.
Ini hanya petikan dari apa yang diluahkannya. Jika kita baca dengan betul, kita akan dapati bahawa anak muda ini jelas kecewa dengan pemimpin Pakatan. Nak pulak dikalangan PAS. Bagi dia, PAS hanya layak jadi Pelawak je dalam Pakatan!!!
Saya ada pandangan saya sendiri terhadap kumpulan yang berkhemah di padang merbok ni. Terus terang saya cakap muamalat dalam islamnya failed.
Kadang-kadang timbul satu persoalan apakah pemuda2 pas yang kononnya kelihatan islam tidak mahu join atas sebab ini.
Aktivitinya menyanyi, melawak dan makan minum. Rasanya dah macam hippies dan kekadang seperti di pesta woodstox. Solat, majority tak buat. Cuma yang best dengan golongan ini mereka amat terbuka dalam berhujah dan bertukar pendapat.Yang saya cerita nama ustaz marzuk mp bachok tu solat dengan geng dia aje. Tidak mengajaklah dia pada belia2 di situ.
Aktivitinya ialah bergambar…eleh! Nak masuk facebook la tu. Terus terang saya solat sendiri, tak mahu berimamkan orang macam tu.
Dia sepatutnya ambil ruang dan peluang untuk berdakwah para demonstran2 ini. Bukan ambil kesempatan posing kat dalah khemah saya sambil aksi kepala terjulur dekat zip khemah. HA HA HA !
Apakah ini satu kegagalan 23tahun kelantan diketuai tok guru atau kegagalan parti islam semalaysia melahirkan ahli yang islamik selama 60 tahun lebih ini. Si member parlimen ni pun pulang setelah lewat malam. Tidor kat hotel la tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.