Halaman

Isnin, Jun 24, 2013

MAHFUZ SEKADAR NAK MENUNAIKAN JANJI!!!


Bila baca semula insiden kekcohan yang berlaku dalam Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen tengahari tadi, terasa geli tekak nak gelak pulak.

Mana tidaknya. Kekecohan tu berlaku apabila Si Mahfuz Bean tu bangun dan mempertikaikan kaedah pemilihan Speaker diadakan oleh Setiausaha Dewan.
Sesi pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat bermula dengan kekecohan apabila pembangkang cuba menimbulkan prvokasi dengan undian bersurat yang ingin dijalankan.

Undian bersurat perlu dilakukan kerana terdapat lebih daripada seorang calon yang dicadangkan untuk memegang jawatan tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan disokong Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak - PKR) mencadangkan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan disokong Karpal Singh (Bukit Gelugor).

Keadaan bertukar kecoh apabila ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia.

Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen PR itu. "Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.
Punya la kemaruk Si Mahfuz Bean tu nak tunjuk yang dia seorang Hero ye tak. Sampaikan sanggup dia bangun dan memperbodohkan diri dia depan orang ramai.

Kalau benda yang dia pertikaikan tu masuk akal tak pe jugak. Ini, boleh jadi bahan gelak je dek orang lain. Memang itu aje la taraf Si Mahfuz Bean tu. Setakat jadi bahan lawak orang lain. Nak harapkan dia buat kerja betul, jangan harap la!!!

1 ulasan:

  1. Patut la Mahfuz Bean...kelakar rupanya...hehehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.