SH malas nak tulis panjang - panjang. Cukup la SH nak nasihatkan kepada Si Nurul Izzah tu supaya dia jaga diri dia elok - elok. Jangan sampai dia nak menyorok dalam kain sudah la!!! Buat malu je kat orang Nurul oi!!!
Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu ‘heavyweight’ yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.“Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik,” katanya ketika dihubungi Antarapos.Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.Mengulas lanjut, Hafarizam berkata, kesemua petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.“BN pada mulanya nak failkan 50, tapi selepas kita adakan mesyuarat bersama peguam-peguam BN seluruh Malaysia, kita lihat secara fakta dan aduan serta bukti yang ada, kita telah kurangkan kepada 21. Atas alasan kita mahukan kes yang ada asas untuk dibicarakan dan bukan atas tujuan politik.“Kedua ialah dalam 21 petisyen, ada satu petisyen tidak melibatkan fakta, rasuah atau perjalanan PRU. Tetapi melibatkan intepretasi undang-undang sama ada (seseorang) layak menjadi Ahli Parlimen atau tidak.“Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik,” katanya lagi.Jelas Hafarizam lagi, BN mempunyai lima alasan kukuh mengapa petisyen difailkan iaitu mahu membuktikan pembangkang terlibat dalam kegiatan rasuah dan taktik menakut-nakutkan pengundi dengan cara tidak wajar.“Ketiga, tentang perjalanan PRU yang dibuat SPR tak mematuhi piawaian undang-undang. Keempat berkenaan kertas undi rosak ditolak tanpa mengikut alasan seperti dalam peraturan perjalanan PRU. Kelima berkaitan kelayakan seseorang menjadi calon.”Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur pada hari ini mengumumkan BN memutus untuk memfailkan 21 petisyen Plihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.