Nanti korang baca salinan sms yang dihantar oleh sahabat SH dibawah ni ye. Lepas tu korang tanya balik, adakah Si Ostazah Pening tu akan sokong atau tidak?
Jika sebelum ini, Si Ostazah Pening tu tanpa segan silu cuba nak menegakkan benang yang basah dengan menyokong kenyataan Sally Yeh yang menghina Islam.
Bagi Si Ostazah Pening tu, tindakan Si Sally Yeh tu tak salah sebab dia tak faham tentang Islam. Soalnya , adakah Si Ostazah Pening tu sendiri tak faham tentang Islam?
Sebagai seorang muslimin, adakah kita hanya nak membiarkan sahaja penghinaan yang dibuat oleh Si Sally Yeh tu terhadap agama Islam?
Kalau begitulah gayanya, lepas ni jika ada orang yang memperlekehkan Islam, umat Islam tak boleh ambik apa - apa tindakan. Kena terima saja la penghinaan tu.
Adakah itu yang dimaksudkan oleh Si Ostazah Pening tu sebenarnya? Nampak sangat la ilmu agama Si Ostazah Pening tu ada masih dangkal dan cetek.
Tu sebab la dia bagi hujah yang cukup longgar dan tidak dapat diguna pakai oleh umat Islam secara keseluruhannya. Bukan setakat di Malaysia, malah serata dunia pun.
Jika Si Ostazah Pening tu kata umat Islam tak perlu buat apa - apa terhadap penghinaan sedemikian, maka apa gunanya Islam berperang dengan Yahudi dan Nasrani?
Punca sebab peperangan tu berlaku pun adalah akibat penghinaan dan tindakan mereka memperlekehkan Islam. Takkan itu pun Si Ostazah Pening tu tak tau kot?
Jadi, sekarang kita tanya Si Ostazah Pening tu balik. Adakah dia juga menyokong kenyataan dalam SMS yang diberikan oleh mamat dibawah ni? Atau adakah dia akan berubah pendirian mengenai perkara tersebut? Korang fikir la sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.