Halaman

Isnin, Jun 10, 2013

NIK AZIZ CABAR KEREDHAAN ALLAH???


Dengan memberikan sinonim kisah antara Pencuri dengan Mangsa ni jelas menunjukkan yang dia nak tegakkan benang yang basah bagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu.

Apa yang disebut oleh Si Nik Aziz tu dalam komen dia semalam jelas menjurus kepada keputusan PRU dan cara nak menghalalkan Himpunan 'Blackout 505' sebelum ini.

Nik Aziz boleh tanya, 'Bolehkah mangsa curi redha?'. Soalannya cukup mudah. Penjelasannya pulak seperti yang dipaparkan dibawah:
“Saya membaca Sinar Harian hari ini yang memuatkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya, usahlah dipersoalkan lagi ketelusannya.

“Saya terfikir, jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?” tulis beliau.
Itu penjelasan yang dibuat oleh Nik Aziz. Tetapi, bagi orang yang benar - benar redha dengan ketentuan Allah, setiap musubah itu ada sebab musababnya.

Jika mangsa kecurian itu redha dengan kejadian yang menimpanya dan menyerahkan segala - galanya kepada Allah S.W.T, adakah itu dikira sebagai dosa besar?

Sesungguhnya, Allah memberikan ujian kepada setiap umat manusia dalam pelbagai bentuk dan cara supaya mereka redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Keredhaan manusia ini bergantung kepada Allah S.W.T. Bukannya kepada apa yang dilakukan oleh manusia lain seperti Si Pencuri tu buat pada mangsanya.

Andaikata Si Mangsa redha bahawa kejadian curi itu merupakan suatu ketentuan dan khifarah dari Allah S.W.T, adakah itu satu dosa besar baginya?

Seandainya Si Mangsa itu redha, maka sudah tentu Allah S.W.T akan memberikan balasan yang setimpal sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.

Bukankah itu juga merupakan satu ganjaran besar bagi kita umat manusia terutamanya dikalangan orang Islam? Soal nak mendapatkan Keadilan tu satu bab. Tapi ini bab Redha.

Nak cari Keadilan, cari la dengan cara yang Benar. Jangan buat - buat cerita untuk menipu rakyat. Itu jelas lari dari ajaran Islam sendiri. Takkan la Nik Aziz tak tau bab ni kot?

Ingat! Si Nik Aziz tak pernah sekali pun turut serta dalam Himpunan Blackout dan dia tak tau pun isi kandungan dalam agenda disebalik Himpunan tersebut. 

Jadi, Si Nik Aziz ni pun sebenarnya tak tau cerita sebenar. Dia hanya buat andaian berdasarkan apa yang orang sampaikan. Maka, sebab itu la dia boleh cakap apa saja yang dia nak!!! Termasuk la mempertikaikan apa yang dia sendiri tak nampak!!!

3 ulasan:

  1. Nik Aziz menuduh UMNO sebagai pencuri dalam PR13 .... sebagai orang Islam lebih-lebih lagi seorang Tok Guru, Ulama, Mursyidul Am dan pelbagai gelaran baik baik oleh orang PAS, bagi lah bukti. Jangan sedap cakap.. Perlu diingat setiap perkataan kita akan diaudit oleh Allah diakhirat kelak.... Bertakwalah kepada Allah

    BalasPadam
  2. Persoalannya, betulkah ada orang mencuri haknya?Kalau ada, mana buktinya?

    BalasPadam
  3. Cerdik pandaikah Nik Jiz ni..atau bodoh sombong..?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.