Kalau kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Pak Ibharim ni, maka kita juga boleh buat kesimpulan yang sama mengenai kedudukan dia dalam PAS.
Dia pun wajar meletakkan jawatan dia sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang kerana GAGAL merampas Negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Pak Ibharim bukan setakat GAGAL nak mengambil alih teraju pemerintahan Negeri, malah dia sendiri pun GAGAL untuk menjadi wakil rakyat bagi kawasan Jengka.
Walaupun Jengka dianggap sebagai kubu kuat Pak Ibharim, namun dia tetap juga GAGAL untuk mendapat semula kepercayaan rakyat terhadap dirinya.
Bukan sekali, tapi dua kali berturut - turut Pak Ibharim GAGAL dalam percubaan dia untuk menjadi wakil rakyat atas keLEMAHan dirinya sendiri.
Pun dia masih nak tuduh SPR menipu dan menyeleweng dalam Pilihan Raya Umum yang lepas? Masih lagi dia nak menunding jari dan menyalahkan orang lain?
Sudah - sudah la Pak Ibharim! Sedar - sedarla diri tu sikit. Hakikatnya orang memang tak suka dia jadi wakil rakyat. Apatah lagi nak jadi pemimpin.
Pinjam kata - kata Pak Ibharim sendiri. Kita bukan melihat kepada peribadi sebab dia sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri. Tu sebab kita suruh dia sedar diri.
Bukti dah terang dan nyata depan mata. Apa lagi yang dia nak nafikan? Bukan setakat rakyat biasa je yang tolak kepimpinan dia. Tapi orang PAS sendiri pun dah tak nak. Jadi, memang patut sangat la dia letak jawatan!!! Jangan suruh orang lain je!!!
KUALA LUMPUR: Kekecewaan dan kesedihan yang dizahirkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung kualiti dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibuktikan dengan meletakkan jawatan tersebut, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Jelas beliau, sebagai pegawai tertinggi dalam badan menguruskan pilihan raya kegagalan menyediakan dakwat kekal yang berkualiti mengurangkan keyakinan rakyat.
Justeru tegas Tuan Ibrahim, individu yang berperanan dalam SPR perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan yang disandang.
"Tan Sri (Abdul) Aziz juga rasa kecewa dengan apa yang berlaku, saya ingat kekecewaan itu kita boleh berkongsi perasaan.
"Tetapi sebagai pihak yang bertanggungjawab, kekecewaan beliau itu mesti ditunjukkan...beliau gagal (memikul tanggungjawab) jadi beliau mesti letak jawatan.
"Saya minta maaf untuk sebut benda yang mungkin bersifat peribadi, kita tak lihat ini soal peribadi kerana kita lihat beliau sebagai pengerusi SPR gagal dan saya fikir beliau harus ambil tindakan tersebut (meletakkan jawatan)," katanya dalam temubual eklusif bersama Antarapos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.