Halaman

Isnin, Jun 10, 2013

PAS PUN BEREBUT NAK JADI HANTU DI PEJABAT MB???


Mula - mula PKR. Lepas tu DAPigs. Sekarang PAS pulak nak jadiHantu di Pejabat Menteri Besar Selangor. Berapa ramai yang boleh menjawat jawatan tu sebenarnya?

Sebelum ini, PKR kata diorang akan melantik Si Ciputdin tu sebagai Pegawai Penasihat Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor. Tugas dia memperbaiki hubungan Politik.

Secara tak lansung perkara tu mengesahkan bahawa hubungan Politik dikalangan Pakatan Pembangkang ada masalah sehingga terpaksa dilantik pegawai penasihat.

Disebabkan alasan BONGOK Si Ketua Penipu tu punya pasal, maka berebut - rebut pulak DAPigs dan PAS nak meletakkan calon diorang sebagai Penasihat yang sama.
SHAH ALAM: PAS Selangor mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat PAS Pusat dijalankan semalam.
Pulak dah!!! Satu jawatan sampai ada tiga orang wakil ni menda kejadahnya. Teruk sangat ke kemelut puak - puak Pakatan Haramjadah tu di Selangor?

Yang diorang sibuk sangat berebut - rebut nak jadi Pegawai Penasihat Politik tu pasal apa? Gaji mahal sangat ke? Berapa banyak gaji yang ditawarkan?

Perkara tu perlu dijelaskan oleh Si Khalid Gagap tu sebelum sebarang perlantikan dibuat. Dia perlu jelaskan dari mana sumber kewangan untuk buat perlantikan tersebut.

Gaji siapa yang bayar? Rejim Pakatan bayar atau parti yang kena bayar? Kalau pakai duit Negeri, maka puak - puak Pakatan tu dah pecah amanah.

Diorang guna duit rakyat untuk melantik Hantu dalam Kerajaan. Sebab apa kita panggil Hantu? Sebab jawatan tu sebenarnya TAK WUJUD!!! 

Jadi, buat apa PKR nak mengabihkan duit rakyat untuk sesuatu yang tak ada? Hakikatnya, perkara ini pernah berlaku sebelum ini. Cuma ianya tidak disiarkan kepada umum.

Kalau dulu, Rejim Pakatan Selangor lantik tiga orang pegawai Hantu di Pejabat MB. Apa tugas dan tanggungjawab mereka? Siapa bayar gaji hantu bertiga tu?

Hantu yang pertama ialah Si Rafizi Jambu tu. Dia dilantik sebagai CEO. Apa kerja dia sebagai CEO dan berapa jumlah gaji dia sebulan? Duit mana yang digunakan untuk bayar gaji dia?

Hantu yang kedua ialah Si Ostad Badrul Khalwat tu. Bidang tugas dia hanya bagi Penerangan dan 'Kaunseling' pada isteri orang kat hotel mewah pukul 3 pagi. Itu je kerja dia.

Dan Hantu yang terakhir ialah Si Ketua Penipu tu yang dilantik sebagai Punah-Sihat Eko-No-Money Selangor. Gaji memangsikit, tapi elaun?

Mungkin atas sebab itulah puak - puak DAPigs dan PAS beria - ia nak berebut jawatan yang sememangnya TAK WUJUD dalam Rejim Pakatan Selangor tu. 

Disebabkan gajinya besar dan sumbernya tak perlu diberitahu kepada rakyat membuatkan mereka GILA nak berebut jawatan tu. Apa yang pasti, kemelut dan perbalahan Pakatan di Selangor ni masih belum selesai. Makin buruk ada la!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.