Hah! Moh tak malu Si Ketua Penipu tu dibuatnya. Sebelum ini, dia sikit punya kecut telor bila kena cabar dengan Speaker Dewan Parlimen bila disuruh buat Kabinet Bayangan.
Suruh buat benda itu pun masih lagi puak - puak Pakatan Haramjadah ni nak beralasan dan memberikan jawapan yang tak masuk akal. Tu semia sebab takut la tu.
Tapi, di Kedah, puak - puak Pakatan Haramjadah ni boleh pulak buat 'Exco Bayangan' tanpa ada sesiapa pun yang suruh. Apa pasal pulak yang itu diorang boleh buat?
Nampak sangat la pemimpin Pakatan di peringkat Negeri lebih berani dari pemimpin yang duduk dalam dewan Parlimen. Kiranya, yang duduk di sidang DUN semuanya ada 'Telor'. Yang duduk di Parlimen pulak, bercakap je pandai tapi 'telor'nya hilang!!!
PR Kedah akan mewujudkan exco bayangan bagi memantau setiap aktiviti yang dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan portfolio masing-masing.Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, ia bertujuan memberi teguran kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui BN supaya tidak melakukan kepincangan atau penyelewengan.Beliau berkata, ‘shadow cabinet’ itu secara tidak langsung akan memberi penekanan kepada perkara baru atau lama yang tidak diteruskan selepas diperkenalkan pentadbiran PR.“Apa yang berlaku sekarang ini menjadi pertanyaan orang ramai. Contohnya skim khafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri PR sebelum ini. Apakah ia diteruskan atau sebaliknya.“Jadi, perkara seperti ini yang akan kita pantau. Kita juga akan memastikan Adun pembangkang dapat menjalankan tugas sebaiknya untuk memberi pandangan yang bernas supaya Kedah terus disejahterakan, bukan sekadar aman dan makmur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, portfolio berkenaan akan mencakupi keseluruhan 15 Adun PR merangkumi Pas, PKR dan DAP.“Mungkin ada yang tidak disebut secara khususnya dipegang oleh portfolio mereka (exco) yang ada, tapi kita merasakan perkara itu penting dan akan memberi tugasan kepada Adun PR untuk melihatnya,” katanya.Amiruddin berkata, portfolio yang bakal dipegang oleh exco pembangkang nanti juga adalah sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan negeri.“Kita sudah ada draf Adun yang memegang portfolio tertentu. Bagaimanapun, kita akan bincang terlebih dahulu sama ada nak umumkan sebelum atau semasa persidangan dewan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.