Halaman

Selasa, Jun 04, 2013

PEMIMPIN UMNO JANGAN MELOMPAT TAK TENTU ARAH PULAK!!!


Itu cuma satu pesanan ikhlas dari SH buat semua pemimpin UMNO yang ada diseluruh Malaysia. Pesanan ni SH cuma sampaikan dari akar umbi.

Walaupun sebelum ini, PM puji keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu, jangan la kita nak rasa bangga diri pulak. Jangan kita nak melompat tak tentu arah.

Sebenarnya dalam setiap pujian tu ada maksud tersirat yang perlu kita ambil iktibar dan jadikan sebagai satu garis panduan untuk terus bergerak ke hadapan.

Kalau setakat bangga dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ni saja tak mencukupi. Hakikatnya, masih banyak kerja yang perlu dilakukan.

SH yakin, sekarang ni dah mula ada gerakan yang bertumpu kepada pemilihan parti. Dah mula ada orang yang berkempen walaupun isyarat masih belum diberikan.

Hakikatnya, pemilihan UMNO ni akan jadi perhatian kepada semua pihak. Tak kira la dari kalangan rakyat atau dari ahli parti sendiri. Semuanya mula memberikan tumpuan.

Di sebelah pihak Pembangkang tak payah cakap la. Diorang pun dok tengah memerhati dengan lebih teliti mengenai perkembangan ini secara lebih dekat.

Apa yang diorang cari ialah punca - punca untuk memecah belahkan UMNO. Apa yang diorang buru ialah 'peluru - peluru' hidup yang boleh dijadikan senjata untuk mereka.

Jadi, jangan la orang UMNO sendiri yang bagi 'peluru - peluru' ni kepada pihak lawan. Yang parahnya nanti bukan orang lain. Diri kita sendiri jugak yang merasa sakit.

Pemimpin UMNO terutamanya perlu sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti keramat orang Melayu itu masih belum berada diparas yang boleh dibanggakan.

Kalau setakat nak sedapkan hati dan mainkan kenyataan PM tu tak mencukupi. UMNO sebenarnya perlu lebih kuat dari apa yang disebut oleh YAB Perdana Menteri tu sendiri.

Pemimpin UMNO sendiri perlu terus kuat berusaha dalam menjaga kebajikan rakyat. Mereka sendiri kena turun padang dan memainkan peranan mereka sewajarnya.

Jangan la ada yang hanya sekadar nak menangguk di air yang keruh. Jangan pulak ada yang buat kerja hanya semata - mata nak mengejar nama je. 

Takut nanti ada pulak yang menyesal. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran. Nama tak de, tapi parti hancur berkecai. Apa gunanya beb?

Maka sebab itulah SH keluarkan pesanan yang disampaikan oleh akar umbi dibawah ni dengan harapan pemimpin UMNO diatas tu jangan sedap sangat nak pikir pasal jawatan. 

Tolong la ingat sikit! Dah masuk bab pemilihan nanti, macam - macam boleh berlaku. Jangan pulak bila dah sesak nanti, yang nak kena jawab orang bawah ni jugak. Yang diatas tu boleh la goyang kaki. Takut nanti, ada pulak yang jatuh macam nangka busuk!!!

1 ulasan:

  1. Brader, skrg suda tukar, rakyat yg patut pmpin pmimpin umno, xbole harap!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.