Penyokong PAS Generasi Baru??? |
Wah!!! Betul ke ada ADUN dari Barisan Nasional yang berhasrat nak keluar dari parti? Apa sebab diorang nak keluar dari parti ni? Ada yang tak puas hati lagi ke?
Gamaknya, siapa la gerangan orang yang berkenaan ye? Kalau betul la ada yang nak lompat parti selepas bergelar ADUN ni, nampak sangat la yang diorang ni tak reti besyukur.
Jangan la jadi macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang tu berjuang bukan untuk rakyat. Tapi semuanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri.
Dan yang pasti, diorang tu nak keluar parti, macam la ada orang yang nak terima diorang. Pemuda PAS ni pun dah nyatakan yang diorang takkan terima.
Mungkin kalau nak jadi ADUN Bebas boleh la kot. Tinggal lagi, betul ke ada ADUN dari BN tu yang nak melompat seperti yang didakwa oleh Pemuda PAS ni?
Atau adakah ianya hanya khabar angin yang saja diheboh - hebohkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu? Kalau saja buat cerita, baik tak payah la!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan BN negeri Perak.
“Kami berharap kepimpinan Pakatan tidak mengulangi ‘kemarahan rakyat’ ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.
“Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah di antara mereka dan tiada kaitan dengan Pakatan sama sekali,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataannya.
Beliau mengulas ura-ura beberapa Adun BN mahu meninggalkan parti itu dan mahu menyokong Pakatan.
Tahun 2009 lalu, tindakan melompat parti seorang Adun BN menyebabkan dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.
Ia telah menyebabkan kerajaan Pakatan Perak jatuh selepas 11 bulan dibentuk. Ramai bimbang, jika Adun BN diterima lagi, peristiwa itu akan berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.