Halaman

Selasa, Jun 04, 2013

SEKARANG, NURUL IZZAH NAK DUDUK TERUS PUN BOLEH!!!


Kalau Si Nurul Izzah tu nak duduk terus kat Sabah pun boleh. Duduk kat Lembah Pantai pun dia bukannya bawak sebarang manfaat kepada warga kawasan dia.

Apa yang dia buat hanya meremeh - remehkan penduduk setempat dan menabur fitnah yang bukan - bukan. Malah, dia sanggup menafikan hak penduduk Lembah Pantai sendiri.

Kalau sebelum ini, Si Nurul Izzah meroyan sakan kata dia dihalang dari memasuki Negeri Sabah. Kononnya dia nak menunjukkan yang Kerajaan ni kejam sangat la.

Walhal, apa yang dijelaskan oleh Ketua Menteri Sabah tu memang lojik beb. 'Tuan Rumah' mana yang nak orang datang ke rumah dia dan buat huru hara.

Tak de orang waras akal dalam dunia yang akan buat macam tu. Setakat datang dengan niat nak memporak perandakan keadaan, baik tak payah.

Memang patut sangat pun orang Sabah halang dia. Jangan la Si Nurul Izzah tu ingat semua orang suka sangat dengan Si Kaki Fitnah macam dia datang ke tempat mereka.

Cukup la dia duduk di kawasan dia dan menabur fitnah terhadap penduduk setempat. Dia boleh kata yang orang di Lembah Pantai semuanya pendatang asing. Sama jugak la macam dia. Datang tempat orang nak tunjuk bagus. Sekarang, dia berambus pun lagi baik!!!
KOTA KINABALU: Larangan kemasukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ke Sabah bukan satu larangan tetap, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.
"Pengharaman Nurul Izzah hanya untuk satu ketika iatu pada malam majlis penutup sambutan Kaamatan peringkat negeri (30 Mei)," katanya pada Isnin.
Menurut Sukarti, keputusan menghalang Nurul Izzah daripada memasuki Sabah dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan yang diterima oleh kerajaan daripada pegawai keselamatan.
"Tidak ada larangan tetap ke atas beliau atau mana-mana pemimpin parti pembangkang yang lain untuk datang ke Sabah selagi mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan," katanya.
Nurul Izzah pada 30 Mei lalu dilaporkan dihalang memasuki Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKR).

3 ulasan:

  1. tapi statement pun kurang betul jugak admin... penduduk lembah pantai mmg sokong izzah pun, kalau tak, takkan dia bleh pertahankan kerusi. aku harap UMNO/BN tak payah la terlalu jaga kera di hutan kat sana . byk sgt dah buat itu ini tapi diorg still pilih nurul izzah jugak wpun x brp bagus bekerja. kelemhan umno BN mungkin jugak terlalu ramai ahli perniagaan jadi calon.pada org kebanyakan, itu adalah kasta . wpun pada hakikatnya kemewahan yg mereka kecapi bermula lama sebelum lagi tetapi kenyataan seperti itu tetap menjadi faktor penolak kepada UMNO/BN.

    BalasPadam
  2. DiLembah Pantai bagi kawasan rumah pangsa dan melayu memang Raja Nong Chik menang tetapi bila masuk je kawasan dimana pengundi Cina..kemenangan berpihak kepada Nurul Izah disebabkan 100% undian cina dan dengan sokongan undian daripada melayu PAS dan PKR si betina ni menang..tiada apa2 pun yang dia buat untuk pemduduk Lembah pantai.

    BalasPadam
  3. Anwar Ibrahim sudah "GUBRA", tagline..Nurul pencetus huru hara

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.