Kalau nak kata BODOH, dia ni belajar tinggi. Tapi apa boleh buat ye tak. Dah memang dasar dia nak memperbodohkan diri dia sendiri.
Jenis orang yang tak sedar diri macam Si Rafizi Jambu tu memang suka bercakap ikut sedap mulut je. Dia kata sidang Parlimen kali ini akan jadi panas.
Tapi, panas biar la berisi kata dia. Kot selama ni pun dia tak pernah pulak bercakap benda yang ada isi. Semuanya tuduhan dan dakwaan semata - mata. Pun dia masih nak menafikan jugak ke? Itulah masalahnya bila bercakap tu macam dia sorang je yang bijak!!!
BERLALUNYA episod PRU13 diganti pula dengan sidang Dewan Rakyat yang akan bemula 24 Jun ini.Ramai muka-muka baru, tidak ketinggalan 'otai' bakal memeriahkan sidang Parlimen ke-13 dengan pelbagai isu menarik dan perdebatan hangat bagi menentukan dasar baik untuk rakyat.PRU13 menyaksikan rakyat semakin matang dalam membuat penilaian dengan menzahirkan kehendak dan kepercayaan mereka terhadap wakil di kawasan masing-masing.Maka pada minggu terakhir Jun ini akan bermula lah satu lagi era baru dalam senario politik Malaysia menerusi persidangan Parlimen 2013-2018.Medan perjuangan menentukan hala tuju negara.Kesempatan ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua parti BN-PR untuk berhujah, berdiskusi dan mengenengahkan isu-isu baru dan lama mengikut keperluan semasa dan masa depan Malaysia.Gubal lah dasar yang baik untuk kerukunan negara dengan menyantuni semua kaum tanpa ada yang rasa terpinggir.Bagi ahli Parlimen Pandan yang baru dipilih rakyat untuk penggal ini, Rafizi Ramli, persidangan Parlimen kali ini akan dirancakkan dengan isu penggunaan dakwat kekal PRU13, 5 Mei lalu.“Saya sering menerima surat-surat daripada rakyat mengenai isu dakwat kekal ini.“Saya percaya, minggu pertama persidangan berlangsung akan hangat dan isu dakwat kekal akan bergegar dalam Dewan termasuk juga penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),”katanya.Sebelum ini, PR menafikan kemenangan kerajaan BN pada PRU13 yang mendapat kemenangan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi Parlimen.Rentetan daripada tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemenangan PR dirompak dan sekali gus menganjurkan Himpunan Blackout 505.Perikatan pembangkang, PKR, Pas dan DAP juga membuat keputusan untuk memfailkan petisyen mengenai keputusan tersebut yang dipercayai tidak telus terhadap SPR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.