Halaman

Selasa, Jun 25, 2013

SPEAKER PARLIMEN SINDIR PAKATAN PEMBANGKANG!!!


Baru sehari bermulanya sidang Parlimen, dah kena sindir. Belum pun mula berdebat, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dah kena tenyeh terang - terangan.

Tapi kita nak tengok jugak la sama ada puak - puak Pakatan Haramjadah ni berani atau tidak nak sahut sindiran dan cabaran yang dibuat oleh Speaker Dewan semalam.

Kita nak tengok jugak, sejauh mana Keikhlasan mereka mewujudkan Pakatan. Adakah mereka benar - benar bersepakat atau hanya bermain wayang dihadapan rakyat?

Disuruh buat 'Kabinet Bayangan', mampu ke diorang? Macam mana diorang nak bahagikan tugas masing - masing sedangkan nak membahagikan kawasan Pilihan Raya pun puas beramuk sesama sendiri. Sepakat Menda Kejadahnya kalau macam tu!!!
Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini.

Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.

"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.

Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.

"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.

"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.