Halaman

Jumaat, Jun 07, 2013

STATUS KEWANGAN AHLI PARLIMEN TEMERLOH TERUS DIRAGUI!!!


Memandangkan hari ini hari Jumaat, jadi adalah menjadi perkara WAJIB untuk kita menegakkan Kebenaran dan menghindarkan penipuan.

Seperti yang tertera diatas, jelas status kewangan Ahli Parlimen Temerloh hanya sebanyak RM 2,500 sebulan. Manakala simpanan dia ada hanya sebanyak RM 9,000.

Maka persoalan mengenai status sebenar kewangan Ahli Parlimen Temerloh ini masih lagi menjadi tanda tanya kepada rakyat. Mana dia dapat duit nak bagi pada rakyat?

Sebelum ini, kita dah paparkan kenyataan dari seorang penduduk di Temerloh yang mengadu kata dia telah didiskriminasikan oleh Ahli Parlimen Temerloh.

Lelaki India yang tampi membuat kenyataan itu sebelum ini jelas kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen tersebut yang disifatkan sebagai 'Berat Sebelah'.

Namun, dalam kenyataan balas yang diberikan oleh Ahli Parlimen berkenaan hanya dianggap satu penghinaan kepada penduduk yang terbabit.

Ahli Parlimen Temerloh itu telah menjelaskan bahawa dia dah pergi berkunjung ke 50 buah rumah yang terlibat dalam ribut yang melanda penduduk setempat.

Mereka menganggap kenyataan tersebut hanya satu pertuduhan yang mereka menipu sewaktu membuat kenyataan media dan berpiket sebelum ini.

Adakah itu maksud yang hendak disampaikan oleh Ahli Parlimen Temerloh itu sendiri sedangkan dia sering mendabik dada mengatakan yang dia seorang pejuang Islam?

Apa yang dipersoalkan ialah mengenai bantuan. Apa jenis bantuan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Temerloh tu sebenarnya? Adakah dia hanya pergi menziarah?

Adakah dia beri bantuan dari sudut simpati sahaja kepada mereka yang menjadi penyokong Barisan Nasional dan bantuan kewangan buat penyokong partinya sendiri?

Itu yang dipersoalkan. Jika dia memberikan bantuan kewangan, berapa banyak yang telah diberikan? Seratus, dua ratus, tiga ratus? Atau sekadar RM 50 bagi setiap rumah?

Andai kata dia bagi RM 100.00 untuk setiap rumah, bermakna Ahli Parlimen Temerloh tu memerlukan jumlah wang sebanyak RM 5,000. Adakah RM 100 tu mencukupi?

Sekarang, penduduk setempat mula mempertikaikan, berapa banyak jumlah yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen Temerloh tu kepada mereka yang terlibat.

Perkara itu dianggap PENTING memandangkan puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang mengutamakan Ketelusan dan Kejujuran dalam perjuangan mereka.

Nak pulak bagi sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam seperti yang didokongi oleh Ahli Parlimen Temerloh tu sendiri. Atau adakah Islam bagi dia tidak membenarkan pemimpin bercakap benar dengan rakyat? Korang fikir la sendiri!!!

3 ulasan:

  1. SIASAT..

    Berapa JUMLAH yang telah disalurkan ?
    DARI mana datangnya SUMBER kewangan tersebut ?

    PAS/DAP/PKR = Ketelusan/Kejujuran

    BalasPadam
  2. Ada tak dlm harakah duit mana...jgn tulis dr syaitan dah lah yaaa..tok gurunya kan kata..jika nak mintak bantuan syaitan pun boleh..hebat bebenorla gamaknya....

    BalasPadam
  3. Kalau kena kat dia semua voleh belaka..org suma salah dia je yg betul..skrg dh dimalukan mcm ni nak kata apa??

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.