Halaman

Jumaat, Jun 21, 2013

TAKTIK KHALID GAGAP SOROK CERITA HANTU RM 15 RIBU!!!

Nampak je dia ni serabut, tapi Kepala bijak Menipu!!!
Bagi mereka yang tak faham dengan taktik puak - puak PKR ni, memang susah la nak buat kerja. Diorang kena faham apa yang sebenarnya nak dilakukan oleh PKR.

PKR ni memang dah terkenal sebagai pakar dalam bidang strategi. Diorang ni ada seribu satu macam alasan untuk mengelakkan diri dari terus terjebak dengan satu - satu isu.

Dan bagi pihak UMNO pula, mereka mudah sangat hilang fokus setiap kali isu baru dibangkitkan oleh puak - puak PKR seperti Si Khalid Gagap ni.

Perangkap permainan Politik yang macam tu punya mudah pun masih jugak orang tak faham ye? Masih jugak diorang nak terjebak dan terpengaruh?

Hakikatnya, isu yang dibangkitkan oleh Khalid Gagap semalam hanya satu taktik untuk dia melepaskan diri dari menjawab soalan mengenai perlantikan Si Saiputdin.

Sehingga hari ini, isu berkaitan dengan perlantikan itu masih belum berjawab dan terus menjadi tanda tanya. Si Khalid Gagap tu sebenarnya dah penat nak menjawab.

Dia dah tak tau apa yang dia perlu buat untuk mengelakkan diri dari terus disoal oleh pihak wartawan. Tu pasal la dia timbulkan isu pasal penubuhan Suruhanjaya.

Walhal, jika kita pandang dari satu sudut, memang cadangan yang dia buat tu tak masuk akal. Untuk apa dia nak tubuhkan RCI tu sebenarnya?

Dia nak kata yang semua kawasan di Selangor berjaya dimenangi oleh Pakatan? Tak munasabah beb. Mana ada orang boleh dapat 100%. Mesti ada kekurangan jugak.

Nak kata dia mengakui bahawa semua kawasan yang dipertandingkan dalam PRU yang lepas berlaku salah laku dan penipuan pun tak logik jugak.

Takkan la Si Khalid Gagap tu nak kata yang puak - puak Pakatan Haramjadah tu berjaya mengekalkan kuasa di Selangor sebagai satu keputusan yang tak sah.

Mungkin dia tak puas hati sebab kedudukan dia sebagai Menteri Besar terus menjadi bahan pertikaian kerana memang jelas wakil PKR tak layak jadi MB.

Yang sepatutnya jadi MB ialah parti yang menang lebih kerusi dari PKR. Nak lantik DAPigs memang tak boleh sebab tak de calon Melayu. Jadi, siapa yang lebih layak selain dari PAS?

Itu juga satu persoalan yang masih enggan dijelaskan oleh Khalid. Kesimpulannya, taktik mengubah isu perlantikan Si Saiputdin tu telah berjaya.

Sekarang orang dah mula bercerita pasal RCI dan melupakan isu mengenai perlantikan Si Siputdin tu sebagai Hantu dalam Pejabat Menteri Besar dengan gaji sebanyak RM 15ribu.

Sewajarnya, isu itu dijadikan satu persoalan utama bagi orang UMNO. Tanya balik Si Khalid Gagap tu, dari mana peruntukan yang dia nak guna untuk bayar gaji Si Siputdin tu?

Adakah dia nak guna duit Kerajaan atau duit poket dia sendiri? Terbukti bahawa pemimpin PKR ni memang jenis manusia yang tak tau malu. Cakap orang je lebih, tapi diri sendiri pun tak mampu nak buat!!! Mengabihkan air liur je kerjanya!!!

1 ulasan:

  1. Kalau siputdin jadi hantu, sapa pulak hantu yang jadi penasihatnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.