Halaman

Rabu, Jun 05, 2013

UMNO NI MEMANG SUKA TIKAM SESAMA SENDIRI KE???


Itu ironiknya mengenai parti keramat orang Melayu ni. Itu satu penyakit kronik yang agak sukar untuk dicari penawar. Memang orang UMNO ni suka bergasak sesama sendiri kot.

Mungkin sebab itulah pemimpin - pemimpin tertinggi dalam parti tersebut TERPAKSA keluarkan kenyataan, mengingatkan kepada semua ahli agar tak sabotaj parti.

Jika UMNO sebuah parti yang cukup disiplin, pemimpin tertinggi tak perlu nak keluarkan peringatan sedemikian. Dah tentu orang UMNO sendiri faham.

Penyakit yang liat untuk dikikis dari UMNO ialah suka sangat bercakar sesama sendiri. Sampai bila la gamaknya penyakit ni dapat diubah dan diperbaiki?

SH tak kata semua. Tapi segelitir besarnya masih lagi begitu. Pemahaman orthodoks sebegitu masih kuat dalam jati diri UMNO secara keseluruhannya.

Presiden UMNO sendiri mengulangi peringatan mengenai Transformasi. Tapi, ada yang lain - lain ikut saranan yang disampaikan oleh Presiden? Tak de jugak.

Macam yang SH katakan semalam. Walaupun UMNO menang banyak kerusi dalam PRU kali ini tidak bermakna UMNO boleh melompat sakan.

Sepatutnya, kemenangan itu membawa satu perubahan besar kepada UMNO. Mereka sewajarnya lebih kuat bersatu padu diantara satu dengan yang lain.

Jika UMNO terus dengan sifat suka berbalah sesama sendiri dan suka menyalahkan diantara satu sama lain, bagaimana mungkin mereka nak bersatu dengan PAS?

Macam mana UMNO boleh terfikir yang mereka mampu bekerjasama dengan PAS sedangkan sesama mereka masih lagi bercakaran disebabkan isu yang remeh temeh?

Contohnya mudah. Bila bercerita mengenai isu pembangkang, berapa ramai yang berterus - terusan memberikan kritikan dan komen terhadapnya? Tak ramai beb.

Satu isu yang dibangkitkan tu boleh jadi 'Sejuk' dalam masa beberapa hari je. Tapi kalau cerita pasal kepincangan dalam parti sendiri, cerita tu boleh sampai 'makan' tahun.

Cerita pasal pemilihan boleh kekal sampai lima tahun hanya disebabkan perbezaan ideologi dalam perjuangan parti. Itu pun UMNO masih tak dapat nak ubah.

Jadi, saranan SH agar UMNO ni mula berfikiran dengan lebih matang. Jangan ambik kemenangan kali ini dengan sambil lewa. Orang dibawah pun letih jugak dengan Politiking ni.

Selama hari ini, kita dok bercerita pasal kemelut yang melanda dalam Pakatan. Kita sering kali bercerita mengenai keburukkan mereka. 

Maka sudah tiba masanya untuk UMNO cerminkan diri. Perbetulkan mana yang perlu. Perkemaskan lagi apa yang longgar. Baru la rakyat akan terus menyokong dan menganggap UMNO sebagai sebuah parti yang Relevan!!!

1 ulasan:

  1. Dap lahanat tu parti lagi hancur macam2 problem ada tapi tak la kecoh sangat sesama sendiri. Umno ni orang luar pun nak masuk jat
    Rum supaya parti lemah dan kalah. Lu pikirla sendiri....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.