Halaman

Rabu, Jun 12, 2013

UMNO PERLU BELAJAR TUTUP PINTU FITNAH!!!


Itu satu saranan yang luhur lahir dari hati ke hati salah seorang sahabat SH. Dia yang selama hari ini menjadi pemerhati Politik menegaskan yang UMNO perlu berubah:

"Perkara pertama yang perlu dibuat oleh UMNO ialah belajar cara macam mana nak tutup pintu fitnah supaya tak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya fitnah ni orang boleh buat atas sebarang alasan dan sebab musabab. Jangan pelik la kalau sekecil - kecil cerita pun boleh jadi besar.

Semuanya akibat fitnah. Runtuhnya sebuah Negara juga akibat fitnah. Inikan pulak dengan maruah dan imej seorang pemimpin. Pun boleh jatuh sebab fitnah.

Fitnah tu pulak takkan timbul kalau tak de ruang untuk pihak lawan menjadikannya bahan modal mereka berpolitik. Kalau setakat cacat sikit - sikit, tahan lagi.

Tapi kalau dah benda yang terang dan nyata, kita nak salahkan siapa? Nak salahkan orang yang buat fitnah? Sebelum orang buat fitnah, kita kaji diri kita dulu.

Kita tengok balik pada orang UMNO tu sendiri. Apa yang dia dah buat untuk menutup pintu fitnah tu bagi diri dia. Perkara itu yang perlu diutamakan.

Sebagai contoh, kekayaan orang UMNO. Perlu ke mereka menunjuk - nunjuk kepada orang ramai yang diorang ni kaya raya sedangkan orang tau dari mana datangnya kekayaan itu?

Kalau diorang kaya sebelum masuk UMNO atau sebelum mereka bergelar sebagai pemimpin, tahan jugak la orang tak boleh nak buat cerita yang bukan - bukan.

Tapi pemimpin UMNO ni lain pulak. Bila dah jadi pemimpin baru diorang jadi kaya raya. Beli kereta mewah dan duduk dalam rumah bagai istana.

Itu satu contoh kesilapan pemimpin UMNO dalam bab membuka pintu fitnah dari orang lain. Itu kesilapan yang perlu diperbetulkan oleh pemimpin UMNO sendiri.

Jangan jadi macam pemimpin Pakatan. Setakat lulus SRP tapi dapat pakai kereta mewah dan duduk dalam rumah agam mengalahkan istana. Mana datang kekayaan tu?

Yang tambah menghairankan kita, pemimpin UMNO tu nak tunjuk kekayaan mereka ditempat yang semua orang kenal dengan diorang.

Orang kenal asal usul mereka. Orang tau status pendidikan yang mereka miliki. Kalau setakat lulus SPM, kerja jadi kontraktor, tapi duduk rumah mewah menda kejadahnya!!!

Itu semua cari penyakit la tu. Saja je nak bukak pintu fitnah untuk orang buat cerita yang bykan - bukan. Bila keadaan jadi macam tu, mula la orang buat spekulasi. Mula la ada orang buat cerita fitnah. Penyudahnya, yang susah UMNO jugak!!!"

4 ulasan:

  1. Jadi pas,pkr xperlu blajar la???pi rah

    BalasPadam
  2. Sudah trcatat dlm sejarah Cina2 yg berTongkang lari keluar dari China mula perjalanan mereka dgn budaya Kelentong dn berhohong. (Baca sejarah bgaimana mereka seludup curi masuk America - PATI).

    Zaman2 LKS dulu naik saja atas Tongkang mereka diberi latihan tubi macam mana nak tipu untuk mengelak diri dari ditangkap pihak pemerintah.. bohong buat tak kenal mak ayah isteri anak adik beradik sanak sedara endiri, cara2 nak jawab bila ditangkap dan macam cara helah bila berlabuh diNegara orang.

    Dah dalam darah daging mereka... tu pasai LKS dan Cina2 sini pun cekap berbelit dan menipu .. Baca sejarah dunia, kepala otak, cara belit2 dan budaya pi mana pun sama saja..


    Parasite

    BalasPadam
  3. Saya rasa ramai pemimpin UMNO dah kena sihir tak sebab mereka ramai nampak lesu dan mengalah macam kena pukau - yang si Anwar pula mukanya makin hitam dan jahat! Pengamal sihir pula selalu muka hitam dan nampak jahat! Sila lihat di http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013061100462520130611004625/Article/index_html, ‘Amal tiga Qul’, 2013/06/11
    Shah Alam:

    “Sihir boleh disampaikan melalui pelbagai cara tanpa disedari mangsa. Sekiranya melalui minuman, mangsa tidak akan sedar dia disihir kecuali selepas merujuk kepada pengamal perubatan Islam,”.

    Itu kata Pengamal Perubatan Tradisional Islam Al-Banjary Nor Azman Md Derus ketika diminta kejadian menimpa Nurul yang mendakwa dirinya dikawal seorang lelaki digelar Abang Aji selepas dibacakan jampi dan diberi minum air penyeri wajah. Nor Azman berkata, perubatan berasaskan Islam adalah jalan yang terbaik untuk mengubati mangsa sihir dan setiap umat Islam perlu menyiapkan diri dengan mengamalkan ayat al-Quran tertentu bagi mengelakkan disihir.

    “Paling mudah, surah tiga Qul mampu menjadi benteng terbaik untuk mengelakkan mana-mana individu terkena perbuatan sihir sama ada dipukau atau melalui makanan,” katanya.

    Nor Azman menasihatkan mangsa sihir segara merawat sihir berkenaan sebelum ia menjadi semakin buruk sehingga membahayakan nyawa.

    BalasPadam
  4. AsSalam semua..Rezeki kurniaan Allah. Tapi biarlah cara yang betul. Kalau dia sekolah darjah enam pun, rezeki dia dah ditentukan jadi jutawan, kita kena sama-sama bersyukur. Lebih lagi jika sedare seislam kita. Dan jangan lah kita berdengki pulak. Tak baik. Yang jadi pemimpin tak kira besar kecik pun, tak kira parti... ini hanya amanah sementara saje... pandangan koi la...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.