Halaman

Ahad, Jun 23, 2013

YB DUDUK DALAM AIRCOND, PENCACAI SEMUA HIDU ASAP JERUBU!!!


Tahniah la YB sebab YB dah berjaya membuktikan yang YB ni seorang pejuang rakyat. Semalam habis semua orang YB hasut suruh tolak keputusan SPR.

YB kata SPR tipu dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Tapi, yang YB dapat jadi wakil rakyat di Shah Alam tu, YB tak anggap ianya sebagai satu penipuan?

Kalau YB kata SPR tipu, maknanya keputusan yang YB dapat pun adalah satu penipuan jugak. Tak gitu? Ke SPR ni nak tipu pun dia main pilih orang?

Semalam, mereka yang YB dah tipu kata berlaku penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum semua berpakat nak tidur dan berkhemah di Padang Merbok.

YB kata YB seorang pemimpin rakyat. YB kata YB memperjuangkan rakyat. Jadi, kenapa YB tak turut serta dengan diorang di Padang Merbok tu?

Kenapa YB seronok berdiskusi dan berbengkel di Hotel mewah dan diselubungi oleh aircond yang sejuk sedangkan rakyat semua berjerubu serta berpanas dalam khemah?

Itu ke yang YB anggap sebagai satu tindakan seorang yang memperjuangkan rakyat? Kalau betul YB ni pejuang rakyat, YB pun turut serta dengan rakyat berkhemah semalam!!! Bukannya sedap - sedap duduk kat dalam hotel mewah berhawa dingin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.