Halaman

Ahad, Julai 07, 2013

USTAZ FADHIL NOOR, MUJADDID POLITIK YANG DILUPAKAN!!!


Berikut SH siarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Bendahari Pemuda PAS dalam laman portal Haprak Daily semalam:
Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mempunyai pemikiran yang sangat menakjubkan, kata Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak, Fakhrulrazi Mokhtar.

Beliau berkata, Almarhum telah menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang sangat mantap dan menjadi pilihan rakyat.

Kata beliau, idea Ustaz Fadzil iaitu konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional tertanya memberi kekuatan kepada PAS setelah beliau melihat betapa pentingnya peranan kedua-dua golongan itu yang masih-masing bermanfaat kepada umat Islam dan ummah.

Fakhrulrazi berkata, Almarhum sedaya upaya untuk memastikan kedua-dua golongan ini bergerak seiring di dalam jemaah untuk mewujudkan satu kekuatan yang tiada di dalam jemaah serta parti lain.

Jelas beliau, Ustaz Fadzil telah berjaya memimpin PAS yang berkonsepkan kepimpinan ulama di samping menyedari keperluan besar golongan profesional bagi menjayakan misi parti.
Komen SH: Ternyata, aspirasi dan peninggalan Almarhum Ustaz Fadhil Noor ini telah dilupakan oleh PAS sendiri apabila mereka mengangkat orang bukan Ulama jadi pemimpin.

Nak kata mereka ini dari kalangan Profesional, jangan mimpi la. Ada yang tak lulus SRP pun. Yang belajar separuh jalan di UiTM pun sekarang dah jadi Timbalan.

Pun masih nak gelarkan mereka ini sebagai golongan Ulama? Belajar kat mana pun tak tau la. Baru naik pentas berceramah, dah boleh gelar Ustaz menda kejadahnya.

Apa yang jelas, perjuangan yang dibawa oleh Mujaddid Politik ini sendiri dipinggirkan oleh PAS atas dasar kuasa dan kepentingan diri masing - masing.

Nak kata diorang perjuangkan Islam? Lupakan aje la. Itu semua hanya tinggal Retorik semata - mata. Yang menyeleweng dari perjuangan asal PAS pun bukan orang lain. Tapi mereka yang diangkat jadi pemimpin sekarang jugak!!!

1 ulasan:

  1. jgn masuk pas jika nak cari dunia... apa jadi pas sekarang...??????? hahaha

    jgn perasan sebagai ulama jika hanya bersandar ke kopiah serban jubah..???? pedih bebbbb.. menusuk jantung tembus ke kepala..hehehe

    begitu byk kisah begitu berlambak citer.. begitu byk penglipurlara.. takbirrrrr

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.