Halaman

Jumaat, November 15, 2013

BERANI KE PEGAWAI KHALID DEDAHKAN SEMUANYA!!!



Dalam kes ni, puak - puak Pakatan Haramjadah tu tak boleh nak tuduh orang lain sebab yang sebarkan cerita tu adalah dari kalangan mereka sendiri. Jadi, sendiri buat sendiri tanggung la woi!!!

Pegawai Khas Menteri Besar, Azrul Azwar Ahmad Tajudin perlu mendedahkan siapakah 'petualang' dalam PKR yang menghantar satu lagi memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.

Beliau berkata Azrul tidak boleh sekadar membuat andaian dan perlu membuktikan dakwaannya untuk diteliti semua pihak.

"Dalam pengurusan yang telus sikap juga perlu telus demi memastikan kenyataan yang dibuat adalah jelas.

"Saya pun tidak mahu menuduh mana-mana pihak, kalau mana-mana pihak yang ada bukti tentang memorandum baru itu kena kemukakanlah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Terdahulu, Azrul dalam media WhatsAppnya memberitahu terdapat segelintir ahli PKR yang tamak kuasa bertindak menghantar memorandum palsu kepada Khalid.

Dakwa Azrul lagi memorandum palsu itu adalah taktik kotor golongan terdesak yang mahu melunaskan janji kepada pemaju hartanah sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Azrul adalah pegawai Bank Islam yang diberhentikan kerja setelah didapati bersalah membocorkan dokumen sulit bank berkenaan.

Azrul juga mencuri tumpuan ekoran pandangannya dalam sebuah forum ekonomi di Singapura bahawa Pakatan Rakyat (PR) ada kemungkinan menang besar dalam PRU13.

Saari berkata PAS telah membuat siasatan dan mendapati tiada daripada pemimpinnya terlibat dengan kewujudan memorandum tersebut.

"Setakat kami ADUN dalam PAS dikenal pasti tidak ada yang keluarkan apa-apa yang berkaitan dengan memorandum baru, DAP dan PKR pun begitu juga," katanya kepada Antarapos.

Semalam Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menafikan terdapat memorandum kedua diberikan kepada Khalid walaupun pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan susulan Menteri Besar Selangor itu.

Untuk rekod, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada 7 Oktober diketuai Azmin sendiri menghantar memorandum bertujuan menegur kepimpinan Khalid kerana dikatakan gagal menyelesaikan banyak isu berbangkit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.