Halaman

Rabu, November 13, 2013

BILA PAK TIMBALAN MENTERI DIKUTIP DARI TEPI JALAN!!!


Tahniah la diucapkan kepada Pak Timbalan Menteri sorang ni. Memang 'Hebat' betul dia buat kerja. Pandai sungguh!!! Boleh menang anugerah kalau macam ni.

Kalau 'SEKALI' Pak Timbalan Menteri tu buat kerja banggang macam ni tahan jugak. Tapi kalau dah sampai banyak kali, nampak sangat la BONGOKnya!!!

Kalau ini bukan tindakan nak membangkitkan isu perkauman, apa lagi yang perlu diklasifikasikan oleh rakyat? Apa lagi jawapan yang kita boleh bagi?

Selama ni SH sendiri tak tau yang 'struktur' macam tempat letak kereta yang ada dalam kawasan tu pun Pak Timbalan Menteri anggap sebagai kuil. 

Sebelum ni, SH tak pernah pulak tengok orang India sembahyang kat bawah struktur macam tu. Kalau Pak Timbalan Menteri tu buat, mungkin la jugak kot.

Mungkin Pak Timbalan Menteri tu lupa yang dia sekarang ni dah jadi Timbalan Menteri. Tapi, macam yang SH katakan tadi la. Kalau SEKALI tak pe. Ni dah banyak kali, sendiri mau ingat la!!! Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la ye!!!
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).

“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.” ["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]

Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?

Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?

Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.