Halaman

Sabtu, November 30, 2013

DIORANG PANAS KENA KENCING DENGAN AZMIN!!!


Apa lagi yang boleh kita kata? Diorang sendiri dah 'Panas' kena kencing dek pemimpin diorang sendiri. Sekarang, rasa la kencing tu. 

Itu la. Orang dah cakap. Puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang suka menipu. Orang cakap diorang tak nak percaya. Sekarang, macam mana? Sedap tak rasa kencing diorang tu!!! Hahaha!!!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menyifatkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang diterajui Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Kelab Kongkalikong yang 'bermain wayang' berhubung isu kenaikan gaji di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Penyelaras Bersamanya, Roslee Mohd Shariff berkata, kenyataan yang dibuat Azmin semalam seolah-olah memperlihatkan kelab tersebut mengampu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlebih dahulu mengkritik kenaikan gaji tersebut. 

Tambah Roslee, Azmin dan ahli BBC lain seharusnya tampil menyatakan bantahan atau kurang setuju terlebih awal iaitu sewaktu usul pindaan berkenaan gaji itu dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sidang DUN, dua hari lalu.

Azmin walau bagaimanapun hanya meluahkan rasa kurang setuju berkenaan hal berkenaan semalam, iaitu selepas kritikan Anwar yang menyatakan kenaikan gaji tersebut terlalu tinggi.  

"Mengapa sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? 

"Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang," kata Roslee dalam kenyataan medianya. 

Roslee dalam kenyataannya juga menempelak Azmin yang seolah 'tiada' sewaktu usul tersebut dibahaskan, namun hanya bangkit menyatakan bantahan sehari selepasnya. 

"Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. 

"Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya," katanya.

1 ulasan:

  1. Salam Tuan,

    Jika tidak keberatan, minta disebarkan article saya supaya anak-anak kita tidak tertipu dgn harapan palsu.

    Dan yang lebih penting lagi, jangan biarkan seorang yg bukan Islam menunjukkan sikap hipokrit suka Masjid. Padahal dewan Masjid yg besar digunakan utk menganjurkan seminar soalan bocor demi keuntungan dan populariti.

    Bocor @ Ven Suci - Satu Kronologi

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.