Pendedahan Nurul Izzah Anwar berhubung wujudnya 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) di London, baru-baru ini hanyalah imaginasi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, demikian menurut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau menafikan dakwaan tersebut dan berkata, jumlah yang diberikan tersebut terlalu besar serta tidak munasabah.
"Apa yang beliau (Nurul Izzah) kata tidak benar. Jumlah itu terlalu besar. Sesetengah orang mempunyai imaginasi yang lebih," kata Khalid ketika ditemui di Masjid Bukit Aman, pagi ini.
Tanpa mendedahkan sebarang butiran, Khalid mengakui terdapat anggota SB ditempatkan di sana tetapi jumlahnya lebih kecil.
Beliau berkata, polis tidak mempunyai perancangan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai tersebut berikutan kenyataannya itu.
"Tidak perlu. Tidak perlu bazirkan masa siasat perkara yang tidak betul," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.
Sementara itu, beliau juga menggesa semua pihak supaya berhenti mengkritik pasukan tersebut dan biarkan polis menjalankan kerja mereka dalam menjaga keselamatan awam.
Khalid berkata, semua pihak perlu fokus kepada bidang tugasan mereka daripada mencampuri urusan pasukan polis.
"Biarkan saya buat keputusan mengenai jumlah anggota polis yang akan diturunkan untuk tangani isu keselamatan dan pencegahan. Biar saya dengan polis lakukannya," katanya.
Nurul Izzah semasa menghadiri forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, mempersoalkan tindakan kerajaan menempatkan 30 SB di London.
Katanya, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
Beliau juga membidas langkah menempatkan 30 pegawai di London adalah contoh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak betul-betul memperuntukkan sumber polis untuk memerangi jenayah.
Nurul Izzah juga mendakwa peningkatan bilangan anggota polis yang diberikan tugas dalam cawangan khas sebagai bukti kementerian dan pentadbiran Barisan Nasional (BN) menyalahguna keutamaan daripada sudut penguatkuasaan undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.