Halaman

Khamis, November 14, 2013

LAGI SKANDAL PARLIMEN PANDAN DIDEDAHKAN!!!



Shahrizat telah tarik balik kes saman dgn tuntutan ganti rugi 100 juta. Kes saman ini difailkan terhadap Rafizi dan Zuraida disebabkan kontrovesi NFC. Shahrizat dibenarkan tarik balik kes tanpa syarat. Bermakna kedua-dua pihak tidak perlu bayar kos...

Ini memang pelik. Lebih-lebih lagi bila peguam rafizi dan zuraida tidak mendesak untuk bayaran kos. Memang lumrah untuk tuntut kos jika jumlah wang yg dituntut adalah besar seperti dalam kes ini (ie 100juta). Kos tersebut dikenakan kerana membazirkan masa mahkamah...ini sememangnya prosedur dan kaedah mahkamah yang biasa....

Sebagai contoh, kes saman Anwar terhadap Tun M. Jumlah tuntutan sama, tetapi kos sebanyak RM 120 000 dikenanakan kepada anwar apabila kes itu ditendang mahkamah atas kesilapan teknikal. Bila kedua-dua situasi ini dibandingkan, memang ganjil tiada kos dikenakan. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Ada 3 kemungkinan kenapa tiada kos dikenakan. Mungkin Rafizi dan Zuraidah akan pohon maaf secara terbuka. Kedua, saman baru akan difailkan. Saman baru ini kemungkinan besar memasukkan nama Nurul Izzah.

Yang ke-3 pula, mungkin Rafizi dan Zuraida bakal "pindah". Ikut perhitungan, mungkin nombor 2 jadi pilihan. Tapi maklumlah, ada pemimpin ego besar, malas nak nasihat pun.

Kepada yang nak tunjuk pandai dengan gunakan kes ini sebagai alasan untuk membuktikan Shahrizat sememangnya curi duit, sila teruskan berbuat demikian.

Sebelum itu, ingat tak Anwar pernah tarik balik kes saman malu terhadap Timbalan Menteri Luar Negera, Datuk Hamzah Zainudin. Kes yang difailkan kerana kononnya memfitnah Anwar suka kacau isteri orang. Ikut logik kamu, Anwar memang suka kacau isteri orang? iishh nakal - YUKTES VIJAY

PS: Adakah kemungkinan Kak Ijat akan ambik tindakan 'Nombor 2' tu? Atau kes ni akan terus tergantung macam tu sahaja? Sama - sama kita nantikan!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.