Halaman

Selasa, November 26, 2013

MAHFUZ BEAN HILANG 'KEMALUAN' DALAM PARLIMEN!!!


Hilang sudah senyum sinis yang selama ini sering dilemparkan kepada orang. Hilang sudah gelak tawa sewaktu dia 'Menganjing' orang dalam sidang Parlimen.

Kali ini, Si Mahfuz Bean tu katanya dah mula 'HILANG AKAL' akibat kekalahan yang ditanggung dalam pemilihan PAS yang lalu. Sebab tu nak mintak tolong cari akal dia.

"What You Give, You Get Back Brother!!!" Mungkin ungkapan itu tak mudah untuk Si Mahfuz Bean tu faham. Mungkin dia ingat ungkapa tu hanya satu nama untuk kuih raya.

Tapi apa boleh buat. Memang itulah hakikat seadanya. Kehadiran Si Mahfuz Bean ni dalam saf kepimpinan PAS hanya menambah kemaluan PAS Tu sebab la dia disingkirkan.

Mana tidaknya. Kekalahan Si Mahfuz Bean tu bukan sahaja mengaibkan parti tetapi turut mengesahkan kedudukan dia sebagai seorang Badut yang bertauliah.

Mahfuz yang bangkit membahaskan Bajet 2014 di sidang Parlimen hari ini penyudahnya hanya menjadi bahan lawak jenaka oleh Ahli Parlimen yang lain.

Nampak sangat dia seolah - olah 'melepas geram' dalam sesi perbahasan yang dibuat. Maka sebab itulah dia disindir secara depan - depan oleh Datuk Noh Omar.
"Saya dengar ucapan Pokok Sena ada bernasnya, tetapi peliknya orang PAS tidak pilih. Dok (Sibuk) cakap pengurusan negara, kewangan dan tanah, yang PAS urus pilihan raya parti pun tak betul pasal apa?


"Jadi, sebab pengurusan parti tidak betullah Yang Berhormat (YB) kalah, mungkin kalau kira kali keempat YB boleh menang," katanya.
Sebelum ini, masa dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, bukan main lagi dia kutuk dan menyindir Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sebab tewas dalam Pemilihan UMNO.

Sekarang, bila perkara yang sama kena pada batang hidung dia, tau pulak dia nak meroyan tak tentu arah? Tau pulak dia nak naik angin dan mula memaki hamun orang. Mungkin baru sekarang la dia sedar langit tu tinggi atau rendah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.