PKR. Memang nama tu cukup sinonim dengan gerakan membuat huru hara yang tak tentu arah. Asal kewujudan diorang dulu pun memang suka buat kecoh.
Masa mula - mula lahir ke dunia Politik ni, PKR hanya tau buat kecoh tak tentu arah dengan mengadakan demonstrasi jalanan yang bukan - bukan di Kuala Lumpur.
Kecoh pun bukan sebab rakyat. Sebaliknya kecoh sebab Si Ketua Penipu tu kena pecat ekoran salah laku moral yang melibatkan diri dia sendiri pada ketika itu.
Jadi, apa nak heran jika sampai hari ini puak - puak PKR ni memang suka buat kecoh tak tentu arah walau dimana sekali pun diorang berada.
Jika semalam, salah seorang ADUN mereka di Pahang telah digantung dari menghadiri dua kali sesi sidang Dewan Undangan Negeri kerana menghina dewan.
SH ulang. DUA KALI PERSIDANGAN. Bukan dua hari, bukan dua penggal. Tapi DUA KALI PERSIDANGAN. Fakta tu kena betul. Jangan pulak ada yang salah anggap pulak.
ADUN yang mewakili PKR tu didapati telah membuat tuduhan terhadap YAB Menteri Besar Pahang kerana membentangkan Bajet Palsu dalam sidang DUN kali ini.
Tuduhan ADUN PKR tu berdasarkan kepada wang ehsan sebanyak RM 100juta yang telah dijanjikan oleh pihak Kerajaan Pusat diatas penemuan minyak dipersisiran pantai Pahang.
KONONnya, menurut ADUN PKR tu, jumlah tersebut tidak sepatutnya dimasukkan dalam pembentangan bajet sebab duitnya tak dapat lagi.
Maka dengan alasan itu dia mendakwa Bajet yang dibentangkan adalah Bajet Palsu. Walhal bab 'Bajet' pun dia masih tak faham. Macam mana pulak dia boleh kesimpulan sedemikian?
Dah nama pun Bajet beb. Dan perkara itu telah pun diumumkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Jadi, dia nak pertikaikan pasal apa lagi? Dah tentu - tentu duit tu akan dapat.
Kalau dijelaskan kepada orang baisa pun diorang faham pasal Bajet. Tapi ADUN PKR sekor ni saja je buat - buat Bengap untuk mengelirukan rakyat.
Dan sebab itulah dia memang patut sangat digantung dari menghadiri sidang DUN sebab cuba untuk mengelirukan dewan dan membuat tuduhan yang tidak berasas.
Tapi, macam yang kita katakan tadi la. PKR ni memang dah terkenal dengan sifat suka buat kecoh tak tentu arah. Sedangkan dalam Masjid tempat umat Islam beramal ibadah pun boleh buat kecoh, inikan pulak dalam sidang DUN. Lagi la diorang tak peduli!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.