Halaman

Sabtu, November 23, 2013

PAS ANJUR 'KONSERT' HALAL!!!

Antara 'Konsert Halal' yang dianjurkan masa PRU???
Heh! Nak jugak diorang menegakkan benang yang basah. Nak jugak diorang bagi alasan kepada perkara yang selama ini menjadi Taboo dalam perjuangan PAS.

Selama hari ini, PAS sering kali membantah sekiranya ada perkara yang melibatkan hiburan dianjurkan di Malaysia. Sudah pasti diorang yang akan ke hadapan buat bantahan.

Memang sejak dari dulu lagi diorang anggap apa sahaja hiburan ni sebagai satu perkara yang Haram dan 'Lagho'. Bagi mereka, apa sahaja bentuk hiburan ni hanya membuangkan masa.

Nak pulak jika hiburan tu ada melibatkan instrumen bertali seperti gitar dan sebagainya. Lagi la diorang anggap ianya sebagai satu bentuk yang Haram.

Jangan cerita la bab genre hiburan tu. Bagi PAS 'Semua Hiburan' adalah Haram. Tapi, itu dulu beb. Sekarang dah lain. Sekarang bila dah campur dengan DAPigs dan PKR, Haram pun boleh jadi Halal.

Disebabkan DAPigs dan PKR suka anjurkan persembahan pentas, maka PAS pun tak nak ketinggalan. Malah mereka pergi jauh lebih 'Ekstrem'. Diorang buat konsert Heavy Metal!!!

Siap 'Head Bangging' beb! Tapi tu semua tak Lagho dan melalaikan. Itu semua Halal dan 'Tidak Melanggar Garis Panduan'. Pulak! Sejak bila PAS ada 'Garis Panduan' bagi Hiburan?

Dulu tak pernah pulak wujud 'Garis Panduan' ni. Sekarang baru ada 'Garis Panduan' demi menarik sokongan dari kalangan anak - anak muda?

Tiba - tiba pulak ada dikalangan mereka yang mendakwa PAS sejak dari dulu lagi dah biasa anjurkan konsert ni. Tak timbul isu yang ianya baru dibuat sejak akhir - akhir ini.

Nampak sangat la alasan yang diorang berikan tu sekadar nak menghalalkan apa yang diorang buat malam semalam. Bila orang kata diorang suka mengamalkan Politik 'Matlamat Menghalalkan Cara' diorang marah. Tapi memang itu la yang diorang suka buat pun!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.