Agak mengejutkan juga sebenarnya bila membaca apa yang berlaku baru - baru ini. Nampak macam ada benda yang tak kena bila isu tu dibangkitkan.
Baru - baru ini, timbul isu berkaitan dengan Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Rompin yang dikatakan tidak sah ekoran beberapa bantahan yang dibuat.
Perkara itu mula berkitar dalam media arus Perdana pada hari Rabu yang lalu dan kemudiannya menjadi bahan bualan dikalangan rakyat.
Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa begitu lewat keputusan untuk mengadakan pemilihan semula itu dibangkitkan? Hampir dua bulan baru buat keputusan.
Tapi persoalan itu boleh kita pertikaikan. Mungkin Jawatankuasa mahu menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.
Maka logik la diorang baru buat keputusan selepas PRK Sungai Limau diadakan. Tapi kena ingat ye. DUA BULAN jawatankuasa boleh bersabar.
Bila habis je Pilihan Raya Kecil tu, nampak sangat macam Jawatankuasa Pemilihan tak sabar - sabar nak pemilihan semula Jawatankuasa tu diadakan secepat mungkin.
Kan pelik tu? Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa pada 13 November. Suruh buat pemilihan pada 16 November. Hanya 3 hari je ruang yang diberikan?
Tak logik lansung!!! Nak kumpul orang buat Mesyuarat Bahagian pun perlu ada notis 14 hari. Ini tak sampai 7 hari pun. Notis pun tak sempat keluar.
Kot ye pun nak cantas orang, agak - agak la woi!!! Biar la ikut peraturan dan perlembagaan. Jangan main langgar ikut sedap hati Mak Bapak sendiri je.
Selama hari ni dok kutuk sangat puak - puak Pakatan Pembangkang Haramjadah tu. Sekarang, dalam UMNO pun dah ada pemimpin macam puak Haramjadah tu jugak ke? Kalau begini la caranya, alamat JAHANAM la UMNO PRU 4 nanti!!!
PS: Ada lagi ceritanya. Kemudia SH ceritakan. Tunggu je la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.