Halaman

Sabtu, November 16, 2013

PEMILIHAN PPU ROMPIN: 204 ORANG YANG HADIR???



Kalau baca dalam laporan Sinar Harian, diorang kata seramai 204 orang Perwakilan dari tiga DUN hadir untuk sesi pemilihan semula tu hari ini.

Tapi, cuba la tengok dalam gambar kat atas tu. Ada gaya macam 204 orang ke yang hadirnya? Rasanya tak sampai 100 orang termasuk yang tengah mengundi.

Andaikata kalau orang yang hadir hari ni buat bantahan sebab tak cukup korum macam mana? Tak cukup 2/3 kehadiran, pemilihan tu boleh dikira tak sah.

Andaikata pulak, orang yang sama jugak yang menang macam mana? Adakah orang yang kalah tu akan terima keputusan tersebut dengan secara terbuka?

Inilah masalah yang cuba nak dibangkitkan. Jangan la suka sangat buat kerja BODOH!!! Penyudahnya buat malu diri sendiri je!!! Jangan marah la kalau rasa hormat orang pun hilang!!!
MUADZAM SHAH - Pemilihan Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Rompin diadakan semula Dewan Besar Dara, di sini, bermula jam 10.50 pagi tadi selepas terdapat bantahan terhadap pemilihan sebelum ini.

Undian dimulakan oleh Setiausaha Umno Bahagian Rompin, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain.

Seramai 15 orang tenaga kerja dari Umno pusat hadir bagi mengendalikan pemilihan kali ini.

Seramai 204 perwakilan dari tiga kawasan Dun iaitu Dun Bukit Ibam, Dun Muadzam Shah dan Dun Tioman hadir memenuhi tanggungjawab untuk memilih jawatankuasa baharu.

1 ulasan:

  1. meeting ppu rompin 16 haribulan 11.2013 baru ini semata2 di rancang utk menang...takda pertandingan pun....buat persediaan utk tumbangkan lawan cara kotor....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.