Kalau tak tabur fitnah, menipu dan buat cerita yang bukan - bukan, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya!!!
Demi menyelamatkan Kemaluan Si Ketua Penipu tu, maka Si Ostad DAPigs ni terpaksa jadi Ejen, tabur fitnah terhadap Barisan Nasional!!!
Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BNBBC) negeri Perak hari membidas pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham yang dilihat menjadikan dirinya sebagai 'ejen penyebar khabar angin' apabila membuat pelbagai kenyataan berhubung kononnya dua Adun BN akan melompat parti.
Pengerusi BNBBC Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata pemimpin pembangkang itu hanya ingin meraih publisiti murahan melalui media apabila tidak menyelidik kesahihan di samping melapikkan kenyataanya dengan 'sekiranya benar'.
"Ko Ham sebenarnya masih fobia dengan peristiwa lompat parti pada 2009 yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa di Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau mengulas kenyataan Ngeh dalam sebuah akhbar yang mengatakan sekiranya khabar angin mengenai tindakan dua Adun BN itu benar, mereka bertindak atas dasar peribadi dan bukan menerima tawaran dari mana-mana pihak.
Ngeh turut dilaporkan berkata khabar angin itu muncul berkemungkinan disebabkan pendedahan mengenai isu tanah kepada kroni sebelum ini.
Mohd Khusairi berkata tindakan Ngeh itu secara tidak langsung mendedahkan punca sebenar dua Exco dan seorang Adun pembangkang tinggalkan parti masing-masing pada 2009 ketika mereka menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
"Ia kerana tidak berpuas hati atas tindakan pemimpin mereka yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ngeh dan sepupunya Nga Kor Ming.
Beliau berkata tindakan Ngeh yang mengembar-gemburkan khabar angin itu adalah sebahagian daripada provokasi pembangkang yang bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.