Halaman

Rabu, November 20, 2013

RAKYAT BANTAH CADANGAN MIROS!!! @HishammuddinH2O

Ostad McDee naik kereta tak sampai 12 tahun pun boleh eksiden!!!
Mudah, senang dan cepat. Simple dan tepat pada sasaran. Tak perlu nak pusing - pusing cerita. Tak payah nak ditulis panjang - panjang. Cukup setakat itu sahaja.

Tak perlu nak buat sebarang kajian. Respon rakyat secara keseluruhannya sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kajian tidak perlu dibuat.

Tak payah nak cari 'mekanisme yang sesuai untuk golongan yang terlibat'. Rakyat dah bersuara dan cadangan MIROS tu jelas tak masuk akal.

Bukan tujuan SH nak meremehkan kenyataan yang dibuat oleh Kerajaan sebelum ini. Sekadar nak menyampaikan pandangan orang bawahan.

Hanya dengan cara ini sahaja yang mampu membuatkan mereka dengar luahan hati orang bawahan. Secara keseluruhannya, seluruh rakyat Malaysia Bantah. TITIK!!!

Apa lagi yang nak dipertikaikan? Tidak ada statistik jelas menyatakan bahawa kenderaan berusia 12 tahun ke atas menyebabkan kemalangan jalan raya.

Tidak ada bukti sahih kata Kereta berusia 12 tahun membahayakan pemandu. Jarang kita dengar kereta berusia 12 tahun ni rosak atau menyebabkan pemandunya kemalangan.

Hakikatnya, kereta yang berusia lebih dari 12 tahun ni lebih tahan lasak dari kereta baru. Body kereta ni kebanyakkannya dibuat dengan besi keluli. Bukan Aloi.

Jadi, apa lagi yang nak dikaji? Apa lagi mekanisme yang nak dilihat? Rakyat secara keseluruhannya MEMBANTAH CADANGAN MIROS!!! Tak payah nak mengabihkan masa melupuskan kereta berusia 12 tahun ke atas ni!!!

PS: Rasanya masih ramai jugak Menteri - Menteri yang ada kereta berusia 12 tahun ke atas ni dan masih digunakan untuk urusan rasmi. Tak de pulak diorang terlibat dalam kemalangan pun!!!

2 ulasan:

  1. Satu peluru hidup utk pembangkang. Cadangan ni mmg bangang. Sengaja cari nahas. Tiba2 hal ni dah membangkitkan perasaan marah rakyat kpd kerajaan. Kita penyokong kerajaan ni dah tak larat layan isu isu cari pasal ni. Satu dua isu kita boleh buat derk tapi kalau lebih parah beb hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree..ak bknlh peyokong tegar gomen skrng tp macai2 pktn dln fb ak asik mainkan hal ni menyampah

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.