Halaman

Khamis, November 14, 2013

SENJATA API: KALAU PBT MINTAK, PAK MENTERI NAK BAGI KE!!!



Lewat petang semalam SH keluar minum dengan seorang rakan yang bekerja sebagai Penguatkuasa PBT. Wajahnya penuh dengan kemusykilan.

"Apsal berkerut sangat dahi tu Mat? Ada banyak masalah ke?" SH tegur dia sebelum menarik kerusi untuk duduk sambil mengeluarkan kotak rokok.

"Tak de la bro. Ni, baca cerita pasal Pak Menteri ni cadang nak bagi senjata api pada Penguatkuasa Jabatan Agama. Macam tak masuk akal pulak gayanya." jelas sahabat SH.

"Kenapa pulak tak masuk akal? Ok la tu. Pak Menteri tu takut Penguatkuasa Agama tu diserang macam yang berlaku di Pahang baru - baru ni."

"Betul la tu. Tapi Pak Menteri tu tak fikir ke orang macam kami orang yang bekerja sebagai Penguatkuasa PBT ni? Lagi banyak ancaman yang kami dapat.

Boleh kata setiap hari ada saja ugutan yang dikeluarkan oleh pengguna kepada kami. Tu baru nak saman parking. Belum yang hantar notis ke premis perniagaan."

Jika difikirkan, ada betul jugak apa yang dinyatakan oleh sahabat SH tu. Kalau tengok Penguatkuasa PBT lagi besar dugaan dan ancaman yang diorang perlu hadapi.

Tambah sahabat SH tu lagi, Pak Menteri tu jangan hanya fikir satu hala je. Dia perlu berfikir diluar kotak. Andaikata Penguatkuasa PBT mintak benda yang sama, Polis nak bagi ke?

"Bayangkan bro. Kami yang setiap hari diancam dengan pelbagai ancaman ni tak de pun orang ambik peduli. Tak de pulak orang nak cadang bagi senjata api. 

Ke Pak Menteri tu nak tunggu salah seorang Penguatkuasa PBT kena tembak baru diorang nak bagi? Kalau macam tu gayanya, dah terlambat bro!!!"

Hah! Itu persoalan yang Pak Menteri tu kena jawab. Dah habis fikir ke Pak Menteri sebelum buat cadangan tu sebelum ini? Ke dia hanya setakat fikir pasal Penguatkuasa Agama je? Yang lain - lain macam mana? Kalau itu pun dia tak mampu nak pikir, payah la!!!

1 ulasan:

  1. aku dapat rasa perit jerih para penguatkuasa PBT ni...sebab aku pernah join sukarela dgn kawan2 aku yg bertugas sbg penguatkuasa PBT di bandar besar kt negara ni...mmg betul apa yg ditulis tu...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.