Halaman

Jumaat, November 15, 2013

SIAPA LAGI BESAR, MAHFUZ ATAU PAK BERAHIM???



Layakkah Datuk Mahfuz Omar merakamkan secara rasmi ucapan terima kasih bagi pihak PAS kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana tampil menjelaskan berhubung kenyataannya agar pendaftaran PAS dibatalkan?

Adakah sebagai seorang Naib Presiden PAS beliau telah diberi mandat oleh pucuk pimpinan PAS supaya menyatakan dengan rasminya ucapan terima kasih kepada Karpal itu?

Tidakkah itu secara langsung menjejaskan wibawa dan maruah PAS yang kelihatan tidak bijak dan tidak tegas menentukan pendirian dalam sesuatu isu yang membabitkan maruah parti?

Ini kerana tidak sampai seminggu PAS mengeluarkan kenyataan pendirian rasminya melalui Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang agak pedas mempersoalkan cadangan Karpal berhubung isu membatalkan pendaftaran pertubuhan yang menggunakan nama agama dan kaum, tiba-tiba pendirian itu ditukar melalui Mahfuz?

Adakah ini cara PAS menyatakan bahawa ia telah silap pendirian kerana gopoh atau agak emosional ketika memberi reaksi kepada cadangan Karpal yang dikatakan “tidak layak dipamerkan oleh seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat”?

Jika benar demikian di manakah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hendak meletakkan mukanya kerana telah bingkas membidas Karpal tanpa berhemah dan banyak usul periksa?

Ketika mengeluarkan kenyataan menegur “Karpal tidak faham perjuangan sebenar PAS”, Tuan Ibrahim dilaporkan berbuat demikian atas nama PAS. Apakah ini bermakna kini Tuan Ibrahim perlu menarik balik kenyataan rasmi yang dibuatnya atas nama PAS?

Atau, adakah PAS langsung tidak sensitif soal maruah pemimpin-pemimpinnya hanya kerana mahu memelihara air muka Karpal Singh yang pernah mencabar supaya “langkah mayat saya dahulu sebelum PAS melaksanakan hukum hudud”?

Tidakkah ini membayangkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berdolak-dalik, emosional atau ia memang hanya sebuah parti politik sama seperti parti-parti politik lain yang boleh menukar pendirian mengikut keperluan dan isu politik semasa?

Namun bagaimana pula keadaannya jika Dewan Harian PAS tidak membuat keputusan untuk menukar pendiriannya?

Tidakkah itu membuktikan bahawa PAS tidak mudah “cair” oleh alasan yang dikeluarkan Karpal kemudian bahawa beliau tidak bermaksud PAS juga patut dibatalkan pendaftarannya kerana ia (PAS) telah membuka ruang kepada penganut agama lain melalui sayap bukan muslim penyokong PAS?

PS: Kesimpulannya mudah. Si Mahfuz Bean tu sebenarnya hanya ibarat 'Anjing Salak' DAPigs!!! Tu pasal la cepat je dia ucap terima kasih!!!

1 ulasan:

  1. APE NAK BUAT..SEBAB BAHALUL SIYALSI DAH MEMBELIT TENGKUK. IKUT JER LAH APA DAP CAKAP. SETAKAT JADI ANJING JER LAH. LAGI KUAT MENYALAK LAGI LAGI TUAN ANJING(DAP) SUKA. KENG...KENG...KENG...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.