Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa menganggap pertembungan di antara golongan ulama dan profesional di dalam parti itu sebagai bisikan syaitan yang mahu mememecah-belahkan perpaduan ahli parti.
“Sebenarnya apa yang kita hadapi dalam PAS selama ini dan bukan hari ini (sahaja) adalah dinamika (perubahan) kelompok dalam parti yang mahu melihat parti bergerak ke hadapan.
“Dia orang ini lebih enak digelar sebagai golongan yang ‘progresif’ dan ‘reformis’ berbanding dengan kelompok yang lebih selesa dengan status quo yang orang lebih menyebut sebagai ulama tapi hakikatnya apabila kita lebih mendalam tentang dinamika kumpulan ini tidak semua yang dikatakan ‘ulama’ itu yang tidak proresif atau reformis dan tidak semestinya yang bukan kelompok ulama itu semuanya progresif dan reformis, mereka juga lebih selesa dengan status quo, “katanya.
Pada November lalu, dalam forum bertajuk “Cabaran PAS mendepani aliran semasa gerakan Islam” di Dewan MPS Batu 16 Rawang, Mujahid dituduh secara terbuka sebagai kumpulan ‘liberal’ dalam PAS.
Tuduhan itu dibuat oleh ahli PAS sendiri iaitu Atiullah Othman, AJK bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS.
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat juga turut dituduh mewakili kem yang sama dengan Mujahid.
Ps: Jika dibaca kesimpulan atau kenyataan yang dibuat oleh Si Mujahid Rawa ni, siapa sebenarnya yang dia nak labelkan sebagai 'Syaitan'?
Mujahid sendiri mungkin lupa bahawa kewujudan dua puak yang bertentangan didalam PAS itu diakui sendiri oleh kepimpinan PAS.
Jadi, adakah dia nak menafikan perkara tersebut? Atau adakah dia nak labelkan mereka yang tidak Pro kepada dia tu sebagai 'Syaitan'?
Takkan la demi nak mengejar jawatan punya pasal, Si Mujahid ni sanggup nak labelkan orang PAS sebagai 'Syaitan' kot? Agak - agak la ye tak.
Tapi, jangan heran sangat dengan orang PAS ni beb. Pantang kalau orang buat silap sikit, macam - macam label diorang boleh bagi!!! Asalkan orang tu menentang diorang, maka itu je caranya yang diorang boleh buat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.