Halaman

Ahad, November 24, 2013

UCAPAN HADI AWANG BUAT DAPigs PANAS TELINGA!!!


PAS secara terbuka menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan seteru tradisinya UMNO untuk berbincang mengenai perlaksanaan pentadbiran Islam di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedia pada bila-bila masa bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat.

"PAS bersedia untuk muzakarah dengan Umno dalam isu perlaksanaan Islam. Kita perlu letakkan hukum Islam di hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Melawati di sini, hari ini.

Ucapan Hadi itu disambut laungan takbir perwakilan dan pemerhati muktamar PAS.

Abdul Hadi berkata, PAS perlu memainkan peranan dalam mengingatkan UMNO supaya mengamalkan ajaran Islam dalam pentadbiran termasuk berkaitan isu ekonomi, perundangan mahupun keselamatan.

"InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun (berbincang). Kita ramai ahli-ahli...nak yang tua atau muda pun ada. Nak bincang tentang isu undang-undang atau isu ekonomi pun boleh. Malah kita juga ada orang yang layak bercakap berkaitan isu keselamatan," katanya.

Dalam ucapannya juga,  Abdul Hadi mengingatkan ahli-ahli PAS supaya setia dengan parti dan tidak mudah terpedaya dengan mainan musuh.

"Kita ibarat dalam satu bahtera. Saya bimbang jika ada yang tidak tahan dengan gelombang lalu dari terjun dari bahtera. Yang terjun itu selalunya tidak selamat biarpun dia ulama. Presiden pun kalau terjun tidak selamat," katanya lagi.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah....kalau ia nya benar2 terjadi demi masa depan Agama Islam dan Umat Islam di Malaysia

    BalasPadam
  2. It's а pity you don't have a donate button! I'd definitely donate to
    this superb blog! I guess for now i'll settle for book-marking aand adding your RSS feed to my Google account.
    I look forward to nеw updates and wil share this sitе with my
    Facebolok group. Taalk soоn!

    Also visit my weblog; buy twitter followers 5 dollars

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.