Ini gambar dua wartawan Malaysiakini yang dapat ditangkap oleh lensa kamera sewaktu perasmian Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Dengan berpakaian yang yang tidak sesuai untuk membuat liputan di masjid, pastinya rakan-rakan wartawan dan bloggers yang lain tertanya-tanya apakah bentuk berita yang akan mereka sediakan kelak.
Seminar berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena.
Semuanya nampak jelas apabila berita yang dikeluarkan oleh wartawan berkenaan pada jam 1:51PM hanya menjuruskan berita picisan dan berita sampah.
Dalam banyak-banyak input yang diberikan oleh Perdana Menteri, hanya isu makan menggunakan lilin yang menjadi topik wartawan-wartawan berkenaan. Mereka sememangnya pakar di dalam bidang spin ... King of Spin! - CTS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.